Seringkali ramai yang bertanya bagaimanakah caranya memulakan perniagaan internet dengan ‘tangan kosong’ atau tanpa apa-apa pengetahuan tentang perniagaan internet dan juga pemasaran internet. Artikel ini akan mendedahkan kepada anda satu rahsia yang tidak ramai dikongsikan oleh kebanyakan usahawan internet iaitu menjual produk ‘resell rights’.
Apakah itu Produk Resell Rights?
Di dalam perniagaan internet, ada beberapa istilah yang sering digunakan untuk mewakili sesuatu jenis lesen jualan iaitu Master Resell Rights (MRR), Resell Rights (RR), Private Label Rights (PLR). Secara ringkasnya ketiga-tiga lesen jualan ini merupakan lesen yang diberikan oleh si Pemilik produk kepada pembeli atau pelanggan produk sama ada MRR, RR, atau PLR. Lesen MRR secara ringkasnya ialah lesen yang mana penjual produk memberikan kebenaran kepada pembeli untuk menjual semula produk mereka beserta lesen MRR dan keuntungan jualan reseller adalah 100% serta tidak dibenarkan mengubah hakcipta produk tersebut. Lesen RR pula ialah lesen yang diberikan oleh pemilik produk kepada pelanggan dan hanya membenarkan pelanggan menjual semula produk tersebut untuk mendapat keuntungan 100% tetapi tidak disertakan dengan lesen RR bagi pelanggan mereka. Maknanya, jika saya beli ebook dengan lesen RR, saya boleh jual semula ebook ini pada harga yang dibenarkan tetapi tidak boleh berikan lesen RR kepada pelanggan saya. Berlainan dengan lesen PLR, ia lebih ‘universal’ kerana pemilik produk memberi kebebasan kepada pembeli untuk menjenamakan semula produk, mengubah hakcipta, harga, dan kandungan produk ini. Erti kata lain anda boleh lakukan apa sahaja terhadap produk PLR selagi ia tidak melanggar syarat yang dinyatakan oleh pemilik produk ini (jika ada).
Rahsia Produk Resell Rights
Daripada ketiga-tiga jenis lesen yang dinyatakan di atas, saya suka untuk menjual semula produk Resell Rights (RR) atas sebab tertentu. Produk RR adalah sangat istimewa kerana jika dibandingkan dengan lesen MRR, jualan produk ini lambat tepu di pasaran atau erti kata lain sentiasa mendapat permintaan kerana kurangnya persaingan di antara penjual yang lain. Kebiasaanya pemilik produk lesen RR hanya membuka lesen untuk 50-100 orang sahaja bagi menjaga kualiti produk mereka. Produk dengan lesen MRR pula sangat cepat tepu jualannya kerana jumlah penjual akan bertambah tanpa kawalan disebabkan oleh konsep ‘sesiapa pun boleh berikan lesen MRR’ kepada pelanggan mereka. Lesen PLR pula lebih baik berbanding dengan lesen MRR kerana jika seseorang itu bijak menggunakan produk PLR, dia dapat menghasilkan produk bermutu atas nama dan hakcipta sendiri. Kekurangan lesen PLR berbanding lesen RR pula ialah lesen PLR hanya bagus untuk seseorang yang bijak menggunakan produk tersebut dan memiliki masa untuk mencipta produk baru. Produk RR adalah yang paling ‘mantap’ kerana anda hanya perlu beli produk lesen RR, gunakan laman web reseller yang diberikan dan jual semula untuk mengaut keuntungan 100% tanpa perlu risau tentang permintaan produk tersebut.
Bagaimana Untuk Memulakan Bisnes Resell Rights Anda?
Anda tidak perlukan pengalaman, pengetahuan html yang dalam dan ilmu perniagaan internet yang tinggi bagi memulakan perniagaan resell rights. Sesiapa pun boleh mulakan sekarang dan mula menjana wang dengan produk resell right. Yang penting anda perlu tahu serba sedikit mengenai perisian KompoZer, perisian FileZilla, dan memiliki hosting sendiri. Apa yang anda perlu lakukan?
Langkah 1: Beli produk Resell Rights yang berkualiti. Pastikan produk ini dicipta oleh usahawan internet yang berjaya dan kualiti produknya telah diakui oleh ramai orang. Lihat testimoni dan review orang lain terhadap produk ini. Di mana anda boleh dapatkan produk resell rights? Senang sahaja, layari forum Wangcyber.com dan cari produk RR di sana. Anda boleh juga buat carian di Google Search dengan keyword ‘lesen resell rights’.
Langkah 2: Fahami kandungan Lesen Resell Rights. Kebanyakan orang sering terlepas pandang syarat-syarat reseller yang disertakan oleh pemilik produk sehingga ada sesetengah kes pemilik produk terpaksa memberikan amaran keras kepada resellernya. Perlu diingat bahawa produk resell rights bukan lah milik anda sebagai reseller tetapi milik MUTLAK pencipta produk tersebut. Jadi pemilik tersebut berhak menarik balik lesen RR anda jika didapati melanggar terma yang disediakan.
Langkah 3: Edit sales letter dan borang order. Biasanya ‘sales letter’ atau surat jualan dalam template html dan borang order disediakan oleh pemilik produk resell rights. Tugas anda ialah edit NAMA ANDA di dalam sales letter digandingkan dengan NAMA PEMILIK produk. Sebagai contoh,
Daripada : Azlan & Hanafi
Sepatutnya anda letakkan nama anda digandingkan dengan nama pemilik produk. Jangan letakkan nama pemilik produk sahaja kerana ini akan mengelirukan pembeli disebabkan maklumat akaun bank dalam borang order nanti adalah maklumat akaun bank anda. Pastikan anda gunakan nama anda digandingkan dengan nama pemilik produk.
Jangan lupa edit borang order dan senaraikan akaun bank anda di sana. Kebiasaannya setiap produk resell rights ada menyediakan panduan mengedit laman web reseller. Cara edit laman web yang disediakan ialah menggunakan Nvu atau KompoZer. Download perisian KompoZer di laman web http://www.kompozer.net/
Langkah 4: Beli hosting dan domain. Langkah ini merupakan langkah yang mungkin sukar dilakukan oleh newbie perniagaan internet kerana ia melibatkan wang untuk pembelian hosting dan domain. Jika anda kurang sangat bajet untuk membeli hosting dan domain yang berharga RM130 setahun, saya sarankan anda beli domain dan hosting serendah RM47 setahun di laman web www.sempoihosting.com. Mengapa disarankan hosting berbayar? Mudah sahaja, kerana hosting berbayar lebih profesional dan dapat meningkatkan keyakinan pelawat website anda untuk membeli. Ini sudah terbukti! Jadi ikut sahaja tanpa perlu bertanya lagi..
Langkah 5: Upload web reseller ke hosting. Selepas mengedit laman web reseller anda dan juga mendapat hosting sendiri, upload web reseller anda ke hosting. Caranya, download perisian FTP daripada FileZille.com dan pasang ke komputer anda. Run perisian ini dan upload fail-fail web anda ke server hosting. Anda perlu login dahulu menggunakan maklumat login yang diberikan oleh penyedia hosting melalui email. Contoh cara upload fail ke hosting sila lihat di bawah
Asas muat naik fail ke hosting
Langkah 6: Promosikan website anda. 90% kerja seorang ‘internet marketer’ ialah mempromosikan produknya. Jadi inilah yang anda harus lakukan untuk berjaya iaitu promosikan laman web reseller anda ke segala pelusuk laman web secara SAH dan tidak melanggar etika. Apa yang saya maksudkan ialah, jangan lakukan SPAM untuk mempromosikan produk anda kerana ini akan mencemarkan nama baik produk dan pemilik produk tersebut. Ada banyak cara promosi yang bagus. Salah satunya ialah promosi melalui forum, blog, iklan berbayar di media online, Pay Per Click, dan banyak lagi.
Sebagai seorang newbie dalam perniagaan internet, inilah salah satu cara mudah yang anda boleh lakukan untuk memulakan bisnes internet. Ada banyak lagi cara lain untuk memulakan bisnes internet pertama anda seperti menyertai program affiliate dan menulis ebook sendiri. Bisnes internet bukanlah perkara yang boleh cepat untung seperti diwar-warkan oleh orang yang ingin cepat untung di internet. Ia mengambil masa yang panjang untuk membina sebuah perniagaan internet yang baik kerana hanya melalui pengalaman sahaja anda boleh tingkatkan kredibiliti anda sebagai seorang usahawan internet. Sama ada anda ingin memulakan perniagaan internet melalui bisnes produk resell rights atau melalui cara lain, itu terpulang. Saya hanya berikan satu contoh yang pernah saya gunakan iaitu menjual semula produk Resell Rights.
Semoga Berjaya & Jumpa Lagi!
- Bearnerd
P.S: Dapatkan ebook Jamal iaitu Pakar Ebook untuk mula menulis ebook sendiri dan memasarkannya di internet melalui STRATEGI yang betul. Lihat bonus saya kepada pembeli Pakar Ebook ini di SINI.