Web jualan yang mendapat sekurang-kurangnya 5 jualan setiap hari dengan harga produk serendah RM30 akan menghasilkan pendapatan sebanyak RM4500 sebulan. Hebat bukan? Tapi bagaimana pula jika anda memiliki 5 web jualan yang menghasilkan pendapatan RM4500 setiap satu? Pendapatan anda ialah RM22,500. Wow, banyak tu…
Tidak mustahil untuk dilakukan. Web jualan ialah seperti mesin *PENCETAK WANG AUTOMATIK* kerana ia beroperasi sendiri 24 jam sehari, 7 hari seminggu, tanpa henti. Kerja anda sekali sahaja cuma perlu *setup* dan lupakan.
Setup and forget it…
Satu kehebatan web jualan lagi ialah, jika anda memasang sistem affiliate anda tidak perlu mempromosikannya untuk mendapat hasil jualan. Ini kerana ejen affiliate anda yang akan bekerja mempromosikan laman web anda. Menarik bukan?
Jadi, renung-renungkan…
Tags:
Motivasi,
tips perniagaan,
web jualan
Posted in Motivasi |
No Comments » | July 18th, 2008
Mencari produk untuk dijual di internet merupakan masalah yang ramai dihadapi oleh newbie. Ia memerlukan kajian dan pemerhatian terhadap keperluan semasa kerana tidak semua produk dapat dijual di internet dengan jayanya. Tips yang selalu saya gunakan apabila memilih produk untuk dijual ialah mengkaji ‘fenomena’ atau pun situasi semasa.
Idea produk yang baik selalunya datang hasil daripada pemerhatian situasi semasa di sekitar anda
Saya ingin mengambil contoh mengenai fenomena perniagaan internet sekarang. Beberapa tahun yang lalu, perniagaan internet tidaklah popular seperti sekarang. Ini disebabkan teknologi komputer dan internet hanya dikuasai oleh sesetengah golongan sahaja sebagai contoh pelajar universiti, dan pekerja pejabat sahaja. Tetapi sekarang ini situasinya sangat berlainan kerana hampir setiap individu kini memiliki komputer riba atau pun sekurang-kurangnya 1 rumah ada 1 komputer.
Disebabkan ramai pengguna internet, maka inilah peluang anda memilih satu produk yang dapat menghasilkan jualan. Sebagai contoh, khidmat pembinaan laman web, rekabentuk grafik, dan pemasangan skrip mendapat permintaan yang menggalakkan di Malaysia. Saya sendiri telah membina laman web untuk menerima tempahan dan hasilnya sungguh menakjubkan sehinggakan saya terpaksa menolak banyak pesanan kerana terlalu banyak tempahan. Jika anda tahu membina laman web, mengapa tidak jadikan ia sebagai idea produk anda? Cipta skrip dan jual di internet.
Kenaikan harga minyak petrol baru-baru ini telah menggalakkan ramai orang mencari alternatif penjimatan minyak petrol. Jika anda bijak, anda tentunya mengambil kesempatan ini untuk menjual produk alat penjimatan petrol yang banyak dijual masa ini. Pergilah ke laman web produk alat penjimatan tersebut dan daftar sebagai reseller mereka yang sah. Kemudian cipta web jualan anda sendiri dan promosikan produk mereka.
Ada banyak lagi cara mendapatkan produk untuk dijual di internet. Saya simpan idea-idea ini untuk post-post saya yang akan datang. Semoga berjaya mencari idea produk!
Tags:
idea produk
Posted in Bagaimana Memilih Produk |
No Comments » | July 17th, 2008
Adakah anda ingin berjaya dalam bidang perniagaan yang anda ceburi? Semestinya ya bukan. Baru-baru ni ada seorang rakan bertanya kepada saya apakah kunci utama yang dapat menjadikan seseorang berjaya dalam perniagaan internet. Lalu saya menjawab “fokus”!
Kalau anda tidak fokus dengan bisnes yang anda lakukan, ia akan menemui kegagalan. Keinginan untuk mencuba pelbagai model perniagaan internet membuatkan diri seseorang itu tidak fokus terhadap setiap perniagaan internet yang diceburinya. Contohnya, kalau saya melakukan perniagaan Google AdSense, dalam masa yang sama juga saya membina web jualan, dan menyertai ebay, fokus terhadap ketiga-tiga model perniagaan internet ini akan terganggu.
Tips terbesar di dalam kejayaan perniagaan internet ialah “fokus” itu sahaja. Jika anda fokus terhadap perniagaan internet dengan web jualan, lakukan sehabis baik sehingga mendapat hasilnya. Orang biasa cakap, “kerja jangan alang-alang”. Itulah pegangan saya selama menceburi bidang perniagaan internet. Tumpukan kepada satu model perniagaan internet dahulu, kemudian bila dah berjaya, baru cuba yang lain. Good Luck…
Tags:
fokus,
Perniagaan Internet
Posted in Motivasi |
No Comments » | July 16th, 2008