Powered by Max Banner Ads 

Adakah anda ingin berjaya dalam bidang perniagaan yang anda ceburi? Semestinya ya bukan. Baru-baru ni ada seorang rakan bertanya kepada saya apakah kunci utama yang dapat menjadikan seseorang berjaya dalam perniagaan internet. Lalu saya menjawab “fokus”!

Kalau anda tidak fokus dengan bisnes yang anda lakukan, ia akan menemui kegagalan. Keinginan untuk mencuba pelbagai model perniagaan internet membuatkan diri seseorang itu tidak fokus terhadap setiap perniagaan internet yang diceburinya. Contohnya, kalau saya melakukan perniagaan Google AdSense, dalam masa yang sama juga saya membina web jualan, dan menyertai ebay, fokus terhadap ketiga-tiga model perniagaan internet ini akan terganggu.

Tips terbesar di dalam kejayaan perniagaan internet ialah “fokus” itu sahaja. Jika anda fokus terhadap perniagaan internet dengan web jualan, lakukan sehabis baik sehingga mendapat hasilnya. Orang biasa cakap, “kerja jangan alang-alang”. Itulah pegangan saya selama menceburi bidang perniagaan internet. Tumpukan kepada satu model perniagaan internet dahulu, kemudian bila dah berjaya, baru cuba yang lain. Good Luck…

  • Share/Bookmark
Tags: ,

 Powered by Max Banner Ads