Powered by Max Banner Ads 

Mencari produk untuk dijual di internet merupakan masalah yang ramai dihadapi oleh newbie. Ia memerlukan kajian dan pemerhatian terhadap keperluan semasa kerana tidak semua produk dapat dijual di internet dengan jayanya. Tips yang selalu saya gunakan apabila memilih produk untuk dijual ialah mengkaji ‘fenomena’ atau pun situasi semasa.

Idea produk yang baik selalunya datang hasil daripada pemerhatian situasi semasa di sekitar anda

Saya ingin mengambil contoh mengenai fenomena perniagaan internet sekarang. Beberapa tahun yang lalu, perniagaan internet tidaklah popular seperti sekarang. Ini disebabkan teknologi komputer dan internet hanya dikuasai oleh sesetengah golongan sahaja sebagai contoh pelajar universiti, dan pekerja pejabat sahaja. Tetapi sekarang ini situasinya sangat berlainan kerana hampir setiap individu kini memiliki komputer riba atau pun sekurang-kurangnya 1 rumah ada 1 komputer.

Disebabkan ramai pengguna internet, maka inilah peluang anda memilih satu produk yang dapat menghasilkan jualan. Sebagai contoh, khidmat pembinaan laman web, rekabentuk grafik, dan pemasangan skrip mendapat permintaan yang menggalakkan di Malaysia. Saya sendiri telah membina laman web untuk menerima tempahan dan hasilnya sungguh menakjubkan sehinggakan saya terpaksa menolak banyak pesanan kerana terlalu banyak tempahan. Jika anda tahu membina laman web, mengapa tidak jadikan ia sebagai idea produk anda? Cipta skrip dan jual di internet.

Kenaikan harga minyak petrol baru-baru ini telah menggalakkan ramai orang mencari alternatif penjimatan minyak petrol. Jika anda bijak, anda tentunya mengambil kesempatan ini untuk menjual produk alat penjimatan petrol yang banyak dijual masa ini. Pergilah ke laman web produk alat penjimatan tersebut dan daftar sebagai reseller mereka yang sah. Kemudian cipta web jualan anda sendiri dan promosikan produk mereka.

Ada banyak lagi cara mendapatkan produk untuk dijual di internet. Saya simpan idea-idea ini untuk post-post saya yang akan datang. Semoga berjaya mencari idea produk!

  • Share/Bookmark
Tags:

 Powered by Max Banner Ads