Powered by Max Banner Ads 

Kini produk RR EasyAutores sudah dilengkapi dengan fungsi double opt-in. Mungkin ada di antara anda yang tidak faham apakah maknanya double opt-in. Ok untuk lebih mudah menerangkan, saya ingin memberikan contoh borang download ebook percuma di laman web www.panduanweb-advance.com/giveaway.html. Borang download yang disediakan di laman web tersebut dinamakan sebagai borang opt-in. Pelawat perlu mengisi nama dan email kemudian klik butang ‘Submit’ untuk mendapatkan link download.

Double Opt-In pula adalah satu fungsi penting bagi mendapatkan email pelawat secara ‘sah’. Ini bermakna, selepas pelawat mengisi borang opt-in di laman web anda, pelawat perlu mengesahkan email mereka terlebih dahulu barulah link download dihantar ke email tersebut. Mengapa perlu mengesahkan email? Huhu.. soalannya mudah dijawab, sebab tiada siapa yang mahukan email palsu masuk ke dalam database autoresponder mereka. Dan teknik double opt-in juga mengurangkan risiko email spamming.

Saya telah menguji skrip EasyAutores sebelum menggunakan fungsi double opt-in dan saya dapati ada beratus-ratus email palsu diterima dalam database. Saya tahu ia adalah palsu kerana email yang sah mempunyai simbol @ dan nama email biasanya mempunyai makna tersendiri. Bukan seperti email asdjfaskdjlh@gmail.com dan seumpamanya. Pengalaman saya juga sebelum menggunakan fungsi double opt-in, beberapa orang komplen kepada saya bahawa mereka menerima email newsletter saya tanpa kebenaran daripada mereka. Ini bermakna seseorang telah menggunakan email mereka untuk mengisi borang opt-in di laman web saya. Ohh.. Inilah rupanya kelemahan sistem autoresponder percuma.

Disebabkan masalah-masalah ini, saya telah mengubah suai skrip EasyAutores dan menambah 2 lagi fungsi penting autoresponder iaitu

  1. Memastikan email yang dimasukkan adalah sah dari segi penggunaan aksara. Aksara seperti “//\\#…” dan sebagainya tidak diterima sebagai aksara email yang sah.
  2. Memastikan email tersebut adalah milik tuan punya email yang betul. Sistem autoresponder EasyAutores akan menghantar email pengesahan kepada pemilik email selepas mereka mengisi borang opt in. Jika pemilik email mendapat email pengesahan tersebut tanpa kebenaran mereka, maka pemilik email hanya perlu abaikan sahaja email yang dihantar.

Inilah kelebihan skrip EasyAutores berbanding skrip-skrip percuma yang boleh dimuat turun di internet. Fungsi double opt-in dianggap sangat penting dan wajib ada dalam sistem autoresponder bagi membantu mendapatkan email prospek yang sah. Sesiapa pun tidak mahu database autoresponder mereka di ‘BOM’ dengan email-email palsu. Oleh itu, jika anda rasakan bahawa menyewa autoresponder berbayar seperti Aweber dan Getresponse adalah mahal, lebih baik gunakan autoresponder percuma seperti EasyAutores kerana ia kini dilengkapi dengan fungsi Double Opt-In.

Mungkin di masa yang akan datang, saya akan ubah suai skrip ini lagi dengan menambah pelbagai fungsi-fungsi yang setanding dengan autoresponder berbayar..

  • Share/Bookmark
Tags: , ,

 Powered by Max Banner Ads