Powered by Max Banner Ads 

Salam semua.. artikel kali ini adalah tentang cara memasang password bagi ruang download laman web anda di CPanel. Syarat sebelum anda dapat menggunakan tips ini ialah anda sudah memiliki hosting sendiri. Jika anda menggunakan hosting percuma, biasanya ciri ini tidak disediakan oleh pihak hosting. Anda mungkin perlu gunakan cara lain untuk melindungi laman download anda.

Jadi jom kita mulakan proses memasang download password di CPanel anda. Langkah yang pertama ialah:

  1. Login ke CPanel – Seperti biasa masukkan username dan password anda untuk login
  2. Klik ikon “Password Protect Directories”
  3. Pilih “web root” jika folder download anda di direktori utama. Jika dalam subdomain, pilih “document root” dan klik GO.
  4. Kemudian klik nama folder download anda. Jika folder download anda di dalam direktori / folder lain, klik ikon folder tersebut untuk masuk ke dalam direktori.
  5. Create User dan Password
  6. Tandakan Password Protect This Directory dan klik butang Save

Enam langkah mudah ini akan membantu anda memasang download password bagi folder download anda. Folder download ini mengandungi laman download (index.html), dan fail-fail produk digital anda. Anda boleh cuba link download anda sama ada berfungsi atau tidak selepas memasang password dengan cara menaip alamat ruang download anda. Biasanya www.domain.com/download.

Selepas memasang password download, anda hanya perlu email link download laman web anda beserta username dan password kepada pelanggan anda. Dengan adanya password ini, risiko produk digital anda dicuri akan berkurangan. Jadi apa lagi? Lakukan tips ini sekarang demi keselamatan produk web jualan anda. Selamat mencuba :)

  • Share/Bookmark
Tags: , ,

 Powered by Max Banner Ads