Powered by Max Banner Ads 

Salam sejahtera… semasa saya menulis artikel ini ada 3 hari lagi sebelum semua umat islam menyambut Hari Raya Aidilfitri. Untuk kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri kepada semua rakan-rakan, dan pelanggan panduanweb, mahupun kenalan IM. Minta maaf banyak-banyak sekiranya ada tersilap kata dalam email saya yang telah menyakitkan hati anda.

Ok, untuk post kali ini saya ingin mengumumkan update terbaru skrip EasyAutores iaitu “Link Cloaker”. Huhu.. apalah maknanya menatang “link cloaker” ni? Sebenarnya update ni saya langsung tidak terfikir untuk buat sehinggalah seorang sahabat telah menghantar email mengenai cadangan menambah fungsi link cloaker ke dalam skrip easyautores.




Ok secara ringkasnya, link cloaker ni berfungsi untuk menyembunyikan link affiliate anda agar mendapat kadar klik yang tinggi semasa mempromosikannya ke list email anda. Autoresponder berbayar seperti aweber dan getresponse ada menyediakan link cloaker di autoresponder mereka. So, katakan anda ingin mempromosikan produk affiliate yang baru dilancarkan kepada list anda. Tentunya anda tidak selesa dengan link yang menampakkan url laman web yang anda promosikan beserta id affiliate anda bukan? Lihat perbandingan di bawah

Ini adalah contoh link affiliate original saya: http://belajarcpanel.com/index.php?ref=cactus

Dan ini adalah url yang telah di “cloak” menggunakan EasyAutores Link Cloaker: http://panduanweb-advance.com/autores/cl/?r=06704cd2a7455338a4c658d7c152e922

Sebagai perbandingan, sila lihat link affiliate yang di “cloak” menggunakan Aweber dan Getresponse di bawah. Ini contoh sahaja, link tersebut tidak berfungsi.

Ini pula contoh link affiliate di “cloak” menggunakan Aweber: http://clicks.aweber.com/y/ct/?l=68IN4&m=1bvgUgd4Ldadb6TftcGQhzomH&b=wuPv

Ini pula contoh link affiliate di “cloak” menggunakan Getresponse: http://getresponse.com/l/s56aOAOOYEI2EQIRWLVMO3HWR4EBYCKRTQDXR7KPACOPDOXUDN53NHG6

Tahukah anda bahawa link affiliate yang dilindungi menggunakan link cloaker mendapat lebih banyak klik berbanding link affiliate yang tidak dilindungi? Dan tahukah anda bahawa setiap kali seseorang klik link affiliate anda, id affiliate anda akan “tertanam” ke dalam cookies komputer mereka dan anda tetap mendapat komisen walaupun pelanggan membeli selepas 1 minggu? Lebih banyak link affiliate anda di “klik” lebih tinggi kebarangkalian anda mendapat komisen!

Inilah update terbaru skrip easyautores yang bakal para pembeli easyautores dapat nanti. Semua pelanggan easyautores akan diberikan update secara percuma sahaja! Dengan adanya fungsi baru ini, anda tidak perlu lagi bersusah payah cloak link affiliate anda di tinyurl.com atau di mana-mana. Lagipun, jika anda cloak menggunakan autoresponder easyautores, link lebih kelihatan profesional kerana ia bermula dengan domain laman web anda. Ada banyak lagi fungsi tambahan yang bakal saya tambah nanti. Sekarang easyautores masih lagi di peringkat permulaan. Tapi setelah kesemua fungsi yang dirancang ditambah, maka saya akan wujudkan EasyAutores Pro Edition ;)

Ok, sampai di sini artikel @ pengumuman mengenai update easyautores. Sila layari laman web easyautores jika anda ingin melihat bagaimana bentuk autoresponder ini. Klik www.easyautores.com

Bookmark: BlinkList del.icio.us Digg Furl ma.gnolia reddit Simpy Spurl BackFlip Bibsonomy

  • Share/Bookmark
Tags: ,

 Powered by Max Banner Ads