Kini produk RR EasyAutores sudah dilengkapi dengan fungsi double opt-in. Mungkin ada di antara anda yang tidak faham apakah maknanya double opt-in. Ok untuk lebih mudah menerangkan, saya ingin memberikan contoh borang download ebook percuma di laman web www.panduanweb-advance.com/giveaway.html. Borang download yang disediakan di laman web tersebut dinamakan sebagai borang opt-in. Pelawat perlu mengisi nama dan email kemudian klik butang ‘Submit’ untuk mendapatkan link download.
Double Opt-In pula adalah satu fungsi penting bagi mendapatkan email pelawat secara ‘sah’. Ini bermakna, selepas pelawat mengisi borang opt-in di laman web anda, pelawat perlu mengesahkan email mereka terlebih dahulu barulah link download dihantar ke email tersebut. Mengapa perlu mengesahkan email? Huhu.. soalannya mudah dijawab, sebab tiada siapa yang mahukan email palsu masuk ke dalam database autoresponder mereka. Dan teknik double opt-in juga mengurangkan risiko email spamming.
Saya telah menguji skrip EasyAutores sebelum menggunakan fungsi double opt-in dan saya dapati ada beratus-ratus email palsu diterima dalam database. Saya tahu ia adalah palsu kerana email yang sah mempunyai simbol @ dan nama email biasanya mempunyai makna tersendiri. Bukan seperti email asdjfaskdjlh@gmail.com dan seumpamanya. Pengalaman saya juga sebelum menggunakan fungsi double opt-in, beberapa orang komplen kepada saya bahawa mereka menerima email newsletter saya tanpa kebenaran daripada mereka. Ini bermakna seseorang telah menggunakan email mereka untuk mengisi borang opt-in di laman web saya. Ohh.. Inilah rupanya kelemahan sistem autoresponder percuma.
Disebabkan masalah-masalah ini, saya telah mengubah suai skrip EasyAutores dan menambah 2 lagi fungsi penting autoresponder iaitu
- Memastikan email yang dimasukkan adalah sah dari segi penggunaan aksara. Aksara seperti “//\\#…” dan sebagainya tidak diterima sebagai aksara email yang sah.
- Memastikan email tersebut adalah milik tuan punya email yang betul. Sistem autoresponder EasyAutores akan menghantar email pengesahan kepada pemilik email selepas mereka mengisi borang opt in. Jika pemilik email mendapat email pengesahan tersebut tanpa kebenaran mereka, maka pemilik email hanya perlu abaikan sahaja email yang dihantar.
Inilah kelebihan skrip EasyAutores berbanding skrip-skrip percuma yang boleh dimuat turun di internet. Fungsi double opt-in dianggap sangat penting dan wajib ada dalam sistem autoresponder bagi membantu mendapatkan email prospek yang sah. Sesiapa pun tidak mahu database autoresponder mereka di ‘BOM’ dengan email-email palsu. Oleh itu, jika anda rasakan bahawa menyewa autoresponder berbayar seperti Aweber dan Getresponse adalah mahal, lebih baik gunakan autoresponder percuma seperti EasyAutores kerana ia kini dilengkapi dengan fungsi Double Opt-In.
Mungkin di masa yang akan datang, saya akan ubah suai skrip ini lagi dengan menambah pelbagai fungsi-fungsi yang setanding dengan autoresponder berbayar..
Tags:
autoresponder,
Double Opt-In,
easyautores
Posted in Produk Resell Rights, Produk Saya, easyautores |
14 Comments » | September 6th, 2008
Akhir-akhir ini ramai IM tempatan menyediakan peluang menjana wang melalui program Pay Per Lead (PPL). PPL ialah sama seperti program affiliate. Bezanya cuma jualan anda adalah dalam bentuk muat turun ebook percuma yang anda promosikan. Biasanya IM meletakkan komisen 25 sen bagi setiap muat turun ebook yang dilakukan melalui link affiliate anda.
Bolehkah program PPL menjana wang untuk anda?
Mungkin ramai yang menyertai program PPL tetapi tidak dapat menghasilkan jualan yang banyak. Sebenarnya ia bergantung kepada usaha dan teknik promosi anda. Cara paling mudah untuk mendapat muat turun ebook adalah melalui list atau komuniti anda sendiri. Jika anda memiliki blog, forum, yahoo groups, atau list email sendiri, dengan promosi sekali klik sahaja anda mampu mendapat banyak download. Contohnya, saya telah menyertai program PPL Rahsia IM dan saya telah promosikan di blog dan list saya.

Jika anda memiliki list, blog, atau apa sahaja bentuk komuniti sendiri, promosi program PPL menjadi lebih mudah. Lagipun, sesiapa sahaja suka dengan ebook percuma. Jadi peluang untuk mendapat muat turun adalah tinggi.
Langkah pertama yang harus anda lakukan ialah, bina list sendiri, atau jika anda aktif dalam forum atau blog, postkan komen anda mengenai ebook percuma tersebut. Dengan adanya list dan komuniti sendiri, anda dapat banyak kelebihan kerana list anda adalah bakal pelanggan anda. Bila-bila masa anda melancarkan produk baru, pasti list anda menjadi yang pertama mengetahui tentang kewujudan produk baru tersebut. Oleh itu, mulakanlah pembinaan list anda sendiri.
Cara promosi PPL yang lain ialah dengan cara forum signature. Cara ini memang favourite ramai IM. Sertai mana-mana forum perniagaan internet, kemudian cari post yang mendapat jumlah view yang tinggi. Pastikan anda telah copy kod untuk banner promosi daripada laman affiliate program PPL yang anda sertai dan paste ke bahagian signature post anda. Selepas itu, reply post yang mendapat jumlah view yang tinggi. Trick promosi ini memang berkesan. Cubalah…
Diharap post ini dapat membantu anda menjana wang program PPL dengan mudah
Good Luck
Tags:
Affiliate,
Pay Per Lead
Posted in Affiliate, Pay Per Lead |
8 Comments » | September 3rd, 2008
Baru-baru ini perniagaan internet di Malaysia digemparkan sekali lagi dengan produk hebat usahawan-usahawan internet tersohor iaitu Produk Video Usahawan. Produk ini amat berlainan daripada produk usahawan-usahawan internet yang lain kerana ia menggunakan Video sepenuhnya untuk mempelajari ilmu usahawan-usahawan internet ini.
Siapakah yang telah mencipta video hebat ini? Mereka ialah Fuad Latip (pakar dalam SEO), Syed Ikhwan (pakar adsense), Yusri (pakar adwords), dan Gobala Krishnan (pakar affiliate). Mereka adalah usahawan-usahawan internet yang tidak asing lagi di Malaysia dan mengaut keuntungan sepenuh masa di internet. Amat beruntunglah jika anda memiliki video DVD hasil ciptaan mereka ini kerana anda belajar daripada 5 orang guru perniagaan internet.
Saya tidak melepaskan peluang ini untuk mendapatkan DVD Video Usahawan kerana saya juga ingin belajar daripada mahaguru-mahaguru ini. Jangan ketinggalan, anda juga harus memiliki video ini kerana banyak ilmu bakal dibongkat. Ini bukan VCD tetapi DVD. Anda dapat belajar berjam-jam lamanya dengan pakar-pakar perniagaan internet ini.
Oh ya, bonus kepada sesiapa yang mendapatkan video usahawan melalui link di bawah, saya akan berikan potongan harga 50% untuk Pakej PanduanWeb Advance, dan Ebook EasyAutores (Versi Updated – Double Opt-In) secara percuma. Klik link di bawah untuk membeli
http://panduanweb-advance.com/videousahawan
Selepas membeli DVD Video usahawan, maklumkan saya melalui email dan saya akan berikan bonus-bonus tersebut kepada anda. All The Best…
Tags:
Perniagaan Internet,
video usahawan
Posted in Uncategorized |
3 Comments » | September 2nd, 2008