Sedar tidak sedar, kita sudah hampir melangkah ke tahun baru 2009. Hmm… masa berlalu begitu pantas. Dan saya sudah mencecah 3 tahun dalam perniagaan internet. Tapi tidak semua matlamat saya tercapai mengikut perancangan. Diharap tahun 2009 adalah tahun yang baik bagi saya dan anda juga dalam sama-sama memajukan diri dalam bidang perniagaan internet. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan
Selamat Menyambut Hari Krismas 2008
.. kepada yang menyambut perayaan ini dan
Selamat Tahun Baru 2009
.. kepada semua pembaca blog ini. Terima kasih atas sokongan anda semua dan saya mengharapkan kejayaan anda dalam apa juga perniagaan yang anda ceburi. Sama-sama kita tetapkan azam baru, dan berusahalah mencapainya sedaya upaya. Saya percaya tiada siapa pun yang tidak mampu menjana pendapatan di internet. Semuanya bergantung kepada usaha dan tindakan anda. Salam sukses dan semoga berjaya..
P.S: Nantikan produk dan perkhidmatan yang bakal saya lancarkan pada awal tahun 2009 nanti dan sentiasalah menjenguk-jenguk blog ini
Terima kasih…
Tags:
krismas,
perniagaan,
produk,
tahun baru
Posted in Lain-Lain |
3 Comments » | December 23rd, 2008
Saya selalu menerima email daripada rakan-rakan baru perniagaan internet bertanyakan tentang pakej hosting yang sesuai dengan tahap mereka. Dan kebanyakan mereka yang baru ini berusaha untuk meminimumkan kos untuk memulakan perniagaan internet. Tapi agak kecewa kerana jawapan saya tetap sama iaitu, keluarkan modal untuk membeli pakej hosting dan pakej membina laman web. Ada dua plan yang biasanya saya syorkan kepada mereka yang bertanya.
Plan 1 – Jika anda memiliki modal yang sangat terhad untuk memulakan perniagaan internet, atau mungkin hampir tiada modal langsung, saya sarankan supaya berusahalah untuk mencari modal serendah RM150 sahaja dulu. Tentukan bajet untuk bulan ini, simpan RM150 untuk beli hosting murah di sempoihosting.com cuma RM44 setahun (10MB hosting termasuk domain web). Dan selebihnya, gunakan untuk membuat sambungan internet streamyx. Penting sebab anda perlukan banyak masa depan komputer dan internet untuk proses belajar membina web jualan, upload fail ke hosting, mencari bahan penulisan ebook, dan macam-macam lagi. Secara jujur, saya memulakan perniagaan internet menggunakan cara ini pada penghujung tahun 2006 yang lalu. Jangan risau sebab anda tetap boleh upgrade hosting ini di masa akan datang atau anda boleh beralih ke hosting yang lain jika mahu. Domain boleh ditransfer pada bila-bila masa.
Plan 2 – Jika anda memiliki modal yang boleh dikira baik, dapatkan pakej hosting yang menawarkan saiz ruang yang besar dan bandwidth yang tinggi. Ada banyak webhosting yang menawarkan pakej bagus-bagus seperti di ecommercemastery.com, iqhoster.com, planhoster.com, dan sebagainya. Pakej bagus ini cuma dalam lingkungan RM100 setahun. Dengan pakej hosting yang besar ini, anda dapat membina 3 ke 5 laman web jualan dengan domain yang berlainan dan boleh buka forum, pasang blog, upload video, dan macam-macam lagi apabila perniagaan anda sudah semakin maju kelak.
Inilah dua plan yang selalu saya sarankan kepada rakan-rakan yang bertanya tentang pakej hosting yang sesuai dengan kemampuan mereka. Janganlah gunakan blog percuma untuk perniagaan internet, memang kurang sesuai. Walaupun diakui ada yang berjaya menjana pendapatan dengan blog percuma, namun tidak semuanya mendatangkan hasil jangka panjang. Lagipun, dengan blog percuma akaun anda boleh ditutup bila-bila masa jika melanggar terma dan servis penyedia blog. Jadi jauhkan risiko ini. Ada hosting dan domain sendiri lebih baik kerana anda bebas menjalankan aktiviti perniagaan internet anda.
Tags:
hosting
Posted in Hosting dan domain |
4 Comments » | December 15th, 2008
Kempen PPL untuk laporan percuma Teknik Unggul PPC Google Adwords telah pun tamat hari ini (3hb December 2008). Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua affiliate PPL yang telah mempromosikan ebook percuma ini dan anda semua bakal menikmati komisen anda pada hari esok (4hb December 2008).
Untuk makluman, pembayaran komisen hanya diberikan kepada ahli affiliate yang berjaya mengumpul RM1 dan ke atas sahaja. Kepada mereka yang tidak mencapai jualan sebanyak RM1, jangan putus asa kerana di masa akan datang peluang untuk menjadi ahli Pay Per Lead sentiasa ada. Jika ini adalah pengalaman pertama anda sebagai ahli affiliate PPL, anda mungkin telah mempelajari sesuatu tentang teknik pemasaran affiliate yang berkesan.
Kepada semua ahli affiliate yang berjaya mendapat jualan RM1 dan ke atas, tahniah diucapkan. Berikut adalah senarai affiliate yang layak menerima bayaran komisen pada 4hb December 2008 nanti.

Tags:
affiliate ppl,
teknik unggul ppc google adwords
Posted in Google AdWords, Pay Per Lead, Promosi |
6 Comments » | December 3rd, 2008