Powered by Max Banner Ads 

Di sini saya ingin membuat sedikit pembetulan terhadap fungsi import leads EasyAutores. Jika anda perasan, selepas anda import leads, anda tidak dapat email leads anda kerana email tersebut telah menjadi Name, dan nama lead anda menjadi Email. Ini disebabkan arahan import leads yang saya berikan adalah dalam format Name, Email seperti berikut

  • Ali, ali@ymail.com
  • Rosni, Rosni@yahoo.com
  • Alice, alice@gmail.com

Sepatutnya format import lead tersebut adalah dalam format Email, Name seperti di bawah

  • ali@ymail.com, Ali
  • Rosni@yahoo.com, Rosni
  • alice@gmail.com, Alice

Minta maaf di atas kesilapan ini. Jika anda telah pun import lead anda, sila delete kesemua leads tersebut dan lakukan import sekali lagi menggunakan format yang di nyatakan di atas. Terima kasih dan selamat berjaya!

  • Share/Bookmark
Tags:

Bagi anda yang ingin melakukan update skrip EasyAutores kepada versi yang terbaru iaitu EasyAutores versi 1.0, di sini saya berikan panduan pemasangannya. Ikut turutan langkah-langkah di bawah untuk proses update.

  1. Backup Leads – Anda perlu backup leads anda terlebih dahulu. Klik pada button Export di menu Export Leads.
  2. Backup Mesej - Jika anda rasakan mahu backup mesej followup, sila copy dan paste setiap mesej ke notepad
  3. Remove Skrip Lama - Anda perlu remove skrip yang lama. Login ke hosting anda menggunakan perisian ftp dan delete folder autoresponder anda.
  4. Remove Database MySQL - Login ke cpanel, kemudian delete database mysql autoresponder anda.
  5. Install Skrip Baru – Upload skrip EasyAutores versi 1.0 ke hosting menggunakan perisian ftp. Proses install skrip baru dan konfigurasi skrip adalah sama seperti yang ditunjukkan dalam ebook manual pemasangan easyautores.
  6. Bina Database Autores – Sila bina database autores yang baru di cpanel. Rujuk ebook manual EasyAutores tentang cara membina database.
  7. Import Database – Selepas database dibina, import fail .SQL yang berada di dalam folder DOCS di dalam folder EasyAutores versi 1.0 anda. Cara import fail .sql ini ada ditunjukkan dalam ebook manual anda.
  8. Copy & Paste Mesej Followup – Login ke ruangan admin easyautores dan copy paste mesej followup yang telah anda simpan dalam notepad sebentar tadi untuk membina mesej followup baru.
  9. Import Leads – Gunakan fungsi Import Leads yang terdapat di autoresponder baru anda. Tips untuk import leads, sila convert fail leads.txt anda kepada format csv menggunakan perisian ms excell. Selepas itu buka fail leads.csv menggunakan notepad dan copy kesemua senarai leads dan paste ke ruangan import leads yang disediakan.

Jika ada sesiapa menghadapi masalah pemasangan skrip versi update ini, sila maklumkan saya untuk bantuan. Terima kasih…

  • Share/Bookmark

Kepada semua pengguna skrip EasyAutores, anda akan mendapat skrip yang baru dan lebih baik berbanding versi skrip yang sebelumnya. Ada beberapa tambahan penting yang telah dibuat ke atas skrip ini. Minta maaf sebab terlalu lama mengambil masa untuk update. Berikut adalah 2 ciri yang baru ditambah ke EasyAutores.

  • Import Leads – Saya telah tambah fungsi ini untuk memudahkan anda import leads ke database autoresponder
  • 200 Email Per Hour – Ciri ini ialah limit penghantaran email broadcast dalam masa 1 jam. Skrip ini memperbaiki jadual penghantaran email kerana kebanyakan hosting yang biasa digunakan ialah Shared Hosting dan cpu dikongsi bersama dengan beberapa pengguna lain. Oleh itu, proses penghantaran email dapat dikawal sekiranya limit maksimum penghantaran email dalam 1 jam disetkan.

Saya akan upload skrip ini ke laman download EasyAutores pada 10 Julai 2009. Oleh itu, sesiapa yang ingin mendownload skrip terbaru ini, sila login ke ruangan download bermula tarikh 10 Julai.

Isu Berkaitan Skrip EasyAutores

Sesetengah pengguna EasyAutores menghadapi beberapa masalah seperti

  • Cron Job tidak berfungsi atau error message “No Input File Specified” muncul selepas setting cronjob
  • Penghantaran email followup lambat sampai kepada subscriber.
  • Email masuk spam box

Isu yang pertama adalah disebabkan versi PHP dan MySQL di hosting yang anda gunakan adalah versi terkini iaitu PHP5. Skrip EasyAutores hanya support versi PHP4 sahaja buat masa ini. Untuk update skrip ini selaras dengan versi PHP5, ia memerlukan banyak masa untuk melakukannya. Walaubagaimanapun, saya akan cuba update walaupun agak slow melakukannya. Jika sesiapa menghadapi masalah ini, apa yang anda boleh lakukan ialah, login ke autoresponder anda sekali dalam sehari dan klik pada Run Autoresponder untuk memproses penghantaran email followup secara manual setiap hari.

Isu kedua iaitu penghantaran email followup slow, itu disebabkan terlalu banyak pending email yang perlu diproses oleh cpu hosting anda. Saya telah update skrip tu untuk mengurangkan kerja cpu dengan cara menetapkan penghantaran email cuma 200 per hour sahaja. Saya sarankan jika anda ingin gunakan broadcast email, gunakan sekali sehari sahaja terutama sekali jika list anda sudah mencecah 1000.

Isu ketiga iaitu email masuk spam box, itu disebabkan oleh kandungan email anda yang disuspek oleh email provider sebagai spam. Jika kandungan email anda tidak menggunakan perkataan-perkataan yang tersenarai dalam SPAM list mereka, kebarangkalian besar email anda akan masuk inbox. Autoresponder seperti Getresponse dan lain-lain juga tidak terkecuali daripada spam filter ini. Biasanya Yahoo mail mempunyai spam filter yang sangat tinggi.

Diharap dengan sedikit penerangan ini, para pengguna skrip EasyAutores dapat menggunakan skrip ini dengan lebih efektif lagi.

  • Share/Bookmark

 Powered by Max Banner Ads