Powered by Max Banner Ads 

Kepada semua pengguna skrip EasyAutores, anda akan mendapat skrip yang baru dan lebih baik berbanding versi skrip yang sebelumnya. Ada beberapa tambahan penting yang telah dibuat ke atas skrip ini. Minta maaf sebab terlalu lama mengambil masa untuk update. Berikut adalah 2 ciri yang baru ditambah ke EasyAutores.

  • Import Leads – Saya telah tambah fungsi ini untuk memudahkan anda import leads ke database autoresponder
  • 200 Email Per Hour – Ciri ini ialah limit penghantaran email broadcast dalam masa 1 jam. Skrip ini memperbaiki jadual penghantaran email kerana kebanyakan hosting yang biasa digunakan ialah Shared Hosting dan cpu dikongsi bersama dengan beberapa pengguna lain. Oleh itu, proses penghantaran email dapat dikawal sekiranya limit maksimum penghantaran email dalam 1 jam disetkan.

Saya akan upload skrip ini ke laman download EasyAutores pada 10 Julai 2009. Oleh itu, sesiapa yang ingin mendownload skrip terbaru ini, sila login ke ruangan download bermula tarikh 10 Julai.

Isu Berkaitan Skrip EasyAutores

Sesetengah pengguna EasyAutores menghadapi beberapa masalah seperti

  • Cron Job tidak berfungsi atau error message “No Input File Specified” muncul selepas setting cronjob
  • Penghantaran email followup lambat sampai kepada subscriber.
  • Email masuk spam box

Isu yang pertama adalah disebabkan versi PHP dan MySQL di hosting yang anda gunakan adalah versi terkini iaitu PHP5. Skrip EasyAutores hanya support versi PHP4 sahaja buat masa ini. Untuk update skrip ini selaras dengan versi PHP5, ia memerlukan banyak masa untuk melakukannya. Walaubagaimanapun, saya akan cuba update walaupun agak slow melakukannya. Jika sesiapa menghadapi masalah ini, apa yang anda boleh lakukan ialah, login ke autoresponder anda sekali dalam sehari dan klik pada Run Autoresponder untuk memproses penghantaran email followup secara manual setiap hari.

Isu kedua iaitu penghantaran email followup slow, itu disebabkan terlalu banyak pending email yang perlu diproses oleh cpu hosting anda. Saya telah update skrip tu untuk mengurangkan kerja cpu dengan cara menetapkan penghantaran email cuma 200 per hour sahaja. Saya sarankan jika anda ingin gunakan broadcast email, gunakan sekali sehari sahaja terutama sekali jika list anda sudah mencecah 1000.

Isu ketiga iaitu email masuk spam box, itu disebabkan oleh kandungan email anda yang disuspek oleh email provider sebagai spam. Jika kandungan email anda tidak menggunakan perkataan-perkataan yang tersenarai dalam SPAM list mereka, kebarangkalian besar email anda akan masuk inbox. Autoresponder seperti Getresponse dan lain-lain juga tidak terkecuali daripada spam filter ini. Biasanya Yahoo mail mempunyai spam filter yang sangat tinggi.

Diharap dengan sedikit penerangan ini, para pengguna skrip EasyAutores dapat menggunakan skrip ini dengan lebih efektif lagi.

  • Share/Bookmark

 Powered by Max Banner Ads