Bagi anda yang ingin melakukan update skrip EasyAutores kepada versi yang terbaru iaitu EasyAutores versi 1.0, di sini saya berikan panduan pemasangannya. Ikut turutan langkah-langkah di bawah untuk proses update.
- Backup Leads – Anda perlu backup leads anda terlebih dahulu. Klik pada button Export di menu Export Leads.
- Backup Mesej - Jika anda rasakan mahu backup mesej followup, sila copy dan paste setiap mesej ke notepad
- Remove Skrip Lama - Anda perlu remove skrip yang lama. Login ke hosting anda menggunakan perisian ftp dan delete folder autoresponder anda.
- Remove Database MySQL - Login ke cpanel, kemudian delete database mysql autoresponder anda.
- Install Skrip Baru – Upload skrip EasyAutores versi 1.0 ke hosting menggunakan perisian ftp. Proses install skrip baru dan konfigurasi skrip adalah sama seperti yang ditunjukkan dalam ebook manual pemasangan easyautores.
- Bina Database Autores – Sila bina database autores yang baru di cpanel. Rujuk ebook manual EasyAutores tentang cara membina database.
- Import Database – Selepas database dibina, import fail .SQL yang berada di dalam folder DOCS di dalam folder EasyAutores versi 1.0 anda. Cara import fail .sql ini ada ditunjukkan dalam ebook manual anda.
- Copy & Paste Mesej Followup – Login ke ruangan admin easyautores dan copy paste mesej followup yang telah anda simpan dalam notepad sebentar tadi untuk membina mesej followup baru.
- Import Leads – Gunakan fungsi Import Leads yang terdapat di autoresponder baru anda. Tips untuk import leads, sila convert fail leads.txt anda kepada format csv menggunakan perisian ms excell. Selepas itu buka fail leads.csv menggunakan notepad dan copy kesemua senarai leads dan paste ke ruangan import leads yang disediakan.
Jika ada sesiapa menghadapi masalah pemasangan skrip versi update ini, sila maklumkan saya untuk bantuan. Terima kasih…

Posted in


