Powered by Max Banner Ads 
Bagaimana Mencipta Ebook?

Adakah anda ingin mencipta ebook sendiri tetapi tidak tahu bagaimana melakukannya? Saya akan tunjukkan cara paling mudah mencipta ebook pdf menggunakan perisian-perisian percuma yang boleh didapati di internet di dalam artikel kali ini.

Berikut adalah langkah-langkah mudah mencipta ebook:

  1. Download Perisian PDF Printer - Anda boleh download perisian pdf printer yang popular digunakan untuk mencipta fail pdf seperti CutePDF atau PrimoPDF di www.cutepdf.com atau www.primopdf.com. Selepas download, install perisian ini di komputer anda. Selepas install, anda akan dapati satu printer baru ditambah ke dalam senarai printer anda di Control Panel.
  2. Tulis Ebook Anda - Gunakan perisian MS Words 2003 atau 2007 untuk mencipta ebook anda. Tulis 1 lembar sahaja dahulu jika ingin mencuba sahaja. Selepas siap, save fail tersebut.
  3. Print Dengan PDF Printer - Ok selepas siap menulis ebook anda di dalam MS Words, klik pada File/Print.. dan pilih printer CutePDF atau PrimoPDF. Kemudian Print
  4. Save File PDF – Sebaik sahaja anda klik Print, anda akan diminta untuk simpan fail pdf anda di komputer. Namakan fail tersebut dan klik Save.

Cuma 4 langkah mudah dan anda berjaya mencipta ebook pdf sendiri. Tapi ada alternatif lain untuk mencipta fail pdf. Anda boleh download perisian Open Source iaitu OfficeOrg di http://www.openoffice.org/. Download perisian ini dan install ke komputer anda. Selepas itu gunakan perisian Office Writer untuk mencipta ebook anda dan Save As PDF untuk simpan sebagai format PDF.

Selamat Berjaya!

  • Share/Bookmark
Tags: , ,
If you like this post and would like to receive updates from this blog, please subscribe our feed. Subscribe via RSS

4 Responses to “Bagaimana Mencipta Ebook?”

  1. MuhdSyukri Says:

    kalau saya memang lebih prefer guna PrimoPDF.
    cepat je dia convert file2 doc tu.

    Tapi kalau nak ebook yang cantik lagi, kenalah guna Adobe Indesign.

  2. Fazli Says:

    saya dah buat ebook pertama saya guna primopdf. yang lain tak cuba lagi. ebook pertama saya bukan utk dijual tapi hanya digunakan oleh saya dan isteri saya. nama ebook tersebut adalah panduan menguruskan rumahtangga. ianya tak sesuai utk dijual sbb ianya hanya berkaitan dengan rumahtangga saya saja. hehehe…

  3. Yus Says:

    Salam,
    saya yus, dah buat pembayaran untuk ebook panduan web advance 2 hari lalu, tapi masih tak dapat url utk download, camne ye?

  4. maryam Says:

    salam.
    nak tnye ckit..
    ana xreti nk print. mcm mne nk print e-book 2??

Leave a Reply


 Powered by Max Banner Ads