Kempen PPL untuk laporan percuma Teknik Unggul PPC Google Adwords telah pun tamat hari ini (3hb December 2008). Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua affiliate PPL yang telah mempromosikan ebook percuma ini dan anda semua bakal menikmati komisen anda pada hari esok (4hb December 2008).
Untuk makluman, pembayaran komisen hanya diberikan kepada ahli affiliate yang berjaya mengumpul RM1 dan ke atas sahaja. Kepada mereka yang tidak mencapai jualan sebanyak RM1, jangan putus asa kerana di masa akan datang peluang untuk menjadi ahli Pay Per Lead sentiasa ada. Jika ini adalah pengalaman pertama anda sebagai ahli affiliate PPL, anda mungkin telah mempelajari sesuatu tentang teknik pemasaran affiliate yang berkesan.
Kepada semua ahli affiliate yang berjaya mendapat jualan RM1 dan ke atas, tahniah diucapkan. Berikut adalah senarai affiliate yang layak menerima bayaran komisen pada 4hb December 2008 nanti.

Tags:
affiliate ppl,
teknik unggul ppc google adwords
Posted in Google AdWords, Pay Per Lead, Promosi |
6 Comments » | December 3rd, 2008
Salam semua… nampaknya ebook Teknik Unggul PPC Adwords yang saya berikan percuma mendapat sambutan dan muat turun yang banyak sekali dalam masa beberapa hari sahaja. Respon juga agak baik, dan sesiapa yang telah muat turun ebook ni pasti akan mendapat manfaat daripadanya
Harap-harap macam tu lah..
Affiliate Pay Per Lead juga nampaknya semakin rancak dan sudah ada beberapa affiliate yang berjaya refer melebihi 20 download dalam masa beberapa hari ini. Masa untuk berakhirnya program PPL ini masih panjang, so teruskan usaha anda semua untuk menjana pendapatan sampingan dengan ebook ini.
Kepada mereka yang masih belum berjaya membuat sebarang referal download, jangan putus asa kerana di sinilah anda dapat belajar bagaimana menjadi seorang super affiliate. Tips kilat, jika anda memiliki list sendiri, amatlah mudah mendapat jumlah muat turun. Untuk newbie, gunakan kuasa forum untuk memasarkan link anda. Saya kenal beberapa affiliate yang mempromosikan link affiliate mereka di forum dan hasilnya memang memberangsangkan!
Tentang pembayaran minimum, jangan risau kerana semua yang berjaya mempromosikan ebook ini walau 1 muat turun pun pasti akan menerima bayaran. Itu adalah hasil usaha anda, jadi 25sen tetap merupakan satu pendapatan yang halal.
Tags:
adwords,
PPC,
PPL
Posted in EBook Percuma, Google AdWords, Pay Per Lead |
1 Comment » | November 9th, 2008
Saya telah menyiapkan sebuah ebook yang saya pasti amat berguna kepada newbie mahupun yang sudah lama dalam perniagaan internet iaitu Teknik Promosi Unggul PPC Google AdWords. Pada mulanya saya ingin menjual ebook ini pada harga serendah RM30. Tapi saya rasakan bahawa berkongsi ilmu dengan anda semua merupakan satu pelaburan jangka panjang yang lebih baik, maka saya lupakan niat untuk menjual ebook ini.
Ok, secara ringkasnya ebook ini ditulis untuk beginner dan intermediate dalam pemasaran google adwords. Anda akan mempelajari cara mendaftar akaun google adwords dan membina iklan adwords yang pertama. Tapi ada satu topik paling penting yang saya masukkan ke dalam ebook percuma ini iaitu Cara Mengoptimisasi Kempen AdWords.
Saya menganggap topik ini penting kerana ramai yang telah bertanya dengan saya tentang bagaimana caranya untuk mengiklan di google adwords dengan berkesan. Jika anda masih baru dalam google adwords, pasti anda mengalami masalah dengan kempen adwords anda. Iklan adwords anda kurang mendapat klik? Lalu anda pun membida keyword yang mahal dan akhirnya dalam masa beberapa hari sahaja anda kehabisan berpuluh malah beratus-ratus ringgit.
Saya pernah berasa putus asa dengan pengiklanan google adwords. Tapi selepas mengkaji banyak tentang cara promosi adwords, barulah saya tahu bagaimana caranya untuk mengurangkan kos iklan dan saya mampu mendapat CPC (kos per klik) serendah 0.14 sen. Saya jimat kos, dan trafik daripada google adwords yang diterima sangat berkualiti kerana prospek berminat dengan produk yang saya tawarkan. Mengapa google adwords? Sebabnya ia adalah Targetted Marketing.
Jadi jangan buang masa, download ebook Teknik Promosi Unggul PPC Google Adwords anda sekarang!

Download Di Sini (2.7MB)
Bookmark:

Tags:
Google AdWords,
PPC
Posted in Google AdWords |
14 Comments » | October 29th, 2008