Ramai newbie menghadapi masalah ini apabila membina website sendiri. Lepas design siap di komputer, imej banyak tak muncul apabila buat preview di pelayar internet. Tetapi selepas upload semua fail ke server dan cuba buka url website, segalanya punah dan kecewa. Imej header, footer, button, dan macam-macam lagi tak keluar. Cari punya cari kat bahagian mana masalah tu, tak jumpa-jumpa juga.
Sebenarnya apa yang menyebabkan masalah imej tak keluar di website ialah url Image Source tak dapat ditemui di direktori hosting. Cuba klik kanan pada broken link imej dan klik properties. Anda akan dapat melihat url imej ini berada di suatu lokasi di komputer anda. Ini dapat membantu memberi kunci / clue. Masalah timbul kerana semasa mengedit website di komputer, anda masukkan imej yang berada di direktori berlainan dengan direktori website. Contohnya, folder website anda ialah di C:\MyWebsite tetapi imej-imej anda masukkan dari My Pictures atau My Document, atau dari folder yang berada di luar direktori website anda.
Apabila upload fail laman web ke hosting anda hanya upload fail laman web di C:\MyWebsite tetapi tidak upload pula fail-fail imej di My Document atau My Pictures atau direktori yang lain-lain tu. Sebab itulah masalah imej tak muncul berlaku di website.
Ok penyelesaian terbaik ialah, lakukan perkara berikut.
- Sebelum memulakan design website, buat satu direktori khas untuk laman web anda. Contohnya, cipta folder di C:\WebJualanKu
- Kemudian, di dalam folder WebJualanKu ini, cipta satu folder images
- Dalam folder images ini, simpan kesemua fail imej yang diperlukan untuk design website nanti di sini.
- Pastikan fail-fail html anda berada di dalam folder WebJualanKu dan fail-fail imej berada di dalam folder images.
- Semasa mengedit website, pastikan anda gunakan imej yang berada dalam folder images sahaja!
- Semasa upload ke server, pastikan kesemua fail dan folder dalam folder WebJualanKu dimuat naik. Jangan ada yang tertinggal!
Secara asasnya, langkah-langkah di atas dapat mengatasi masalah imej tak keluar di website. Jika ada masalah menggunakan tips-tips ini, sila maklumkan saya dengan segera. Terima kasih dan selamat berjaya!
Tags: FTP, hosting, Muat Naik, Newbie, Tips Web Jualan, web jualan
Posted in


