Powered by Max Banner Ads 

Banyak kali saya menerima email tentang kegagalan-kegagalan newbie dalam melakukan sesuatu dan perlukan nasihat serta pertolongan saya. Saya suka memberi nasihat dan motivasi walau pun sebenarnya saya sendiri kadang-kadang gagal juga dalam sesuatu perkara. Kegagalan memang tidak dapat dielakkan kerana ia adalah seperti satu kitaran kehidupan. Ada kalanya anda berada di puncak, dan ada kalanya anda berada di bawah.

Tanpa kegagalan manusia tidak akan dapat mempelajari dan menghargai kehidupan mereka. Namun begitu, kegagalan bukanlah satu halangan kepada kejayaan tetapi kegagalan ialah satu ‘batu loncatan’ untuk anda mengecapi kejayaan. Tahukah anda ramai pemain bola sepak terkemuka seperti Robinho dan Ronaldinho berasal dari keluarga yang miskin? Mereka tidak memiliki apa-apa kekayaan pada usia kanak-kanak mereka. Mereka hanyalah seperti remaja lain yang bermain bola di kaki lima dan gelanggang futsal sehinggalah usaha gigih telah membawa kejayaan kepada mereka menjadi pemain bola sepak profesional untuk mewakili negara Brazil.

Mengapa perlu bersedih dengan kegagalan? Ada sesetengah jenis orang yang tidak tahan dengan kegagalan sehingga mencabut nyawa sendiri sebagai jalan penyelesaian. Padahal itu bukanlah jalan penyelesaian sebenar yang dicari-cari malah akibat daripada tindakan ini keluarga si mati pula yang menghadapi masalah. Saya terkejut dengan kejadian bunuh diri pelakon popular siri drama Winter Sonata dari Korea, Park Yong-Ha semalam. Perlukah bunuh diri disebabkan kegagalan? Saya tertarik dengan kata-kata Penulis buku Berani Gagal, Bili Lim iaitu “Muflis lebih baik daripada mati”. Sekurang-kurangnya orang yang muflis masih lagi boleh mulakan hidup baru dengan lebih yakin dan kesilapan lalu menjadi pengajaran untuk berjaya.

Jika anda menghadapi kegagalan jadikan ia sebagai pengajaran dan jangan ulangi kesilapan yang sama. Satu kejayaan besar adalah disebabkan oleh banyak kegagalan kecil yang dilalui sepanjang perjalanan mengecapi kejayaan tersebut. Setiap kegagalan membawa pengajaran dan meningkatkan kualiti pemikiran anda di dalam membuat keputusan. Jadi fikir-fikirkanlah mengapa anda gagal. Anda ingin mencapai kejayaan di dalam perniagaan internet? Bersedialah menghadapi banyak kegagalan kerana itu adalah perjalanan yang anda perlu harungi untuk mengecapi kejayaan dalam apa bidang sekalipun.

  • Share/Bookmark
Tags: ,

Web jualan yang mendapat sekurang-kurangnya 5 jualan setiap hari dengan harga produk serendah RM30 akan menghasilkan pendapatan sebanyak RM4500 sebulan. Hebat bukan? Tapi bagaimana pula jika anda memiliki 5 web jualan yang menghasilkan pendapatan RM4500 setiap satu? Pendapatan anda ialah RM22,500. Wow, banyak tu…

Tidak mustahil untuk dilakukan. Web jualan ialah seperti mesin *PENCETAK WANG AUTOMATIK* kerana ia beroperasi sendiri 24 jam sehari, 7 hari seminggu, tanpa henti. Kerja anda sekali sahaja cuma perlu *setup* dan lupakan.

Setup and forget it…

Satu kehebatan web jualan lagi ialah, jika anda memasang sistem affiliate anda tidak perlu mempromosikannya untuk mendapat hasil jualan. Ini kerana ejen affiliate anda yang akan bekerja mempromosikan laman web anda. Menarik bukan?

Jadi, renung-renungkan…

  • Share/Bookmark
Tags: , ,

Adakah anda ingin berjaya dalam bidang perniagaan yang anda ceburi? Semestinya ya bukan. Baru-baru ni ada seorang rakan bertanya kepada saya apakah kunci utama yang dapat menjadikan seseorang berjaya dalam perniagaan internet. Lalu saya menjawab “fokus”!

Kalau anda tidak fokus dengan bisnes yang anda lakukan, ia akan menemui kegagalan. Keinginan untuk mencuba pelbagai model perniagaan internet membuatkan diri seseorang itu tidak fokus terhadap setiap perniagaan internet yang diceburinya. Contohnya, kalau saya melakukan perniagaan Google AdSense, dalam masa yang sama juga saya membina web jualan, dan menyertai ebay, fokus terhadap ketiga-tiga model perniagaan internet ini akan terganggu.

Tips terbesar di dalam kejayaan perniagaan internet ialah “fokus” itu sahaja. Jika anda fokus terhadap perniagaan internet dengan web jualan, lakukan sehabis baik sehingga mendapat hasilnya. Orang biasa cakap, “kerja jangan alang-alang”. Itulah pegangan saya selama menceburi bidang perniagaan internet. Tumpukan kepada satu model perniagaan internet dahulu, kemudian bila dah berjaya, baru cuba yang lain. Good Luck…

  • Share/Bookmark
Tags: ,

 Powered by Max Banner Ads