Saya baru sahaja menyiapkan satu lagi produk yang dapat memudahkan kerja-kerja membina sistem minisite yang mudah tetapi profesional. Produk ini dinamakan sebagai Pakej Software Newbie dan terdiri daripada 4 perisian iaitu Sales Letter Creator, Landing Page Creator, Order Form Creator, dan Contact Form Creator.
Bagaimanakah terhasilnya produk perisian ini? Sebenarnya idea membina perisian ini datangnya daripada support teknikal yang saya berikan kepada semua yang bertanya melalui email. Saya sering menjawab soalan yang sama, membantu pemasangan minisite, borang order, contact, tulis sales letter dan banyak lagi. Daripada situlah saya terfikir mengapa tidak buat software yang “simple” tetapi mampu menyelesaikan masalah-masalah newbie minisite? Maka itulah sebabnya terhasil Pakej Software Newbie.
Adakah Pakej Software Newbie untuk newbie sahaja? Tidak sama sekali. Saya sendiri menggunakan Sales Letter Creator dan Landing Page Creator untuk mempromosikan produk affiliate. Malah dengan adanya software ini saya tak perlu lagi buka perisian KompoZer untuk bina template minisite bermula dari ZERO. Generate sahaja template asas daripada Sales Letter Creator atau Landing Page Creator.
Mengapa Harus Dapatkan Pakej Software Newbie?
- Meningkatkan produktiviti anda. Saya sendiri menggunakan perisian ini jika ingin mempromosikan produk affiliate melalui landing page. Kenapa? Sebab perisian Sales Letter Creator amat cepat menghasilkan template html. Saya jimat masa dan tenaga!
- Sistem minisite yang lengkap. Dengan adanya perisian untuk membina template minisite, borang contact, borang order, dan landing page, anda boleh terus mula dan siapkan minisite jualan anda.
- Disertakan dengan video tutorial. Saya sertakan video tutorial untuk membantu meningkatkan kefahaman anda tentang cara menggunakan perisian ini.
- Tidak perlu di ‘install’. Jika anda menggunakan sistem operasi Windows XP, Windows Vista, dan Windows 7, anda boleh gunakan perisian ini tanpa perlu ‘install’.
- Support penggunaan perisian. Saya akan bantu anda memahami penggunaan perisian ini sama ada melalui support email atau YM/Skype.
Perisian-perisian dalam Pakej Software Newbie akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Dan paling penting ialah fungsi-fungsi dalam perisian ini sentiasa ditambah bagi “memperhebatkan” lagi kegunaan perisian ini. Harapan saya ialah agar perisian-perisian ini akan jadi tool penting yang mampu membantu sesiapa pun menyiapkan minisite dengan mudah.
Untuk maklumat lanjut mengenai produk ini saya sarankan anda layari http://www.pakejsoftwarenewbie.com sekarang. Jumpa anda di sana…
Tags: landing page, minisite, order form, pakej software newbie
Posted in


