Powered by Max Banner Ads 
EasyAutores dengan ‘Secure Double Opt-In’

Beberapa hari yang lalu saya telah membuat sedikit kajian mengenai sistem double opt-in skrip EasyAutores sebelum ini.  Apa yang saya dapati ialah, skrip sebelum ini tidak selamat dan ada kelemahan dari segi keberkesanan opt-in. Sebagai contoh, jika sebelum ini, link pengesahan email yang dihantar kepada subscriber mendedahkan nama dan email subscriber seperti berikut.

http://domain.com/addLead.php?lName=nama&lEmail=email@domain.com&id=kodsekuriti

Perhatikan nama dan email dapat dilihat oleh subscriber di dalam email mereka. Link ini akan ‘rosak’ jika subscriber memasukkan nama penuh mereka kerana ada ‘space’ di antara nama tersebut. Akibatnya, skrip tidak dapat membaca link pengesahan ini dan subscriber gagal didaftarkan. Untuk mengatasi masalah link pengesahan ini, saya telah meningkatkan sekuriti sistem double opt-in dengan menggunakan kod sekuriti sahaja. Nama dan email subscriber langsung tidak kelihatan. Lihat contoh link pengesahan yang baru ini.

http://domain.com/addLead.php?recid=8807da14a0d17ae08bbb96d00921696d

Kod sekuriti ini adalah unik dan bertujuan untuk melindungi rekod subscriber. Dengan menggunakan kod sekuriti ini, subscriber GERENTI akan berjaya mendaftar di autoresponder anda. Kod sekuriti ini telah meningkatkan jumlah opt-in saya setiap hari ;)

Kepada semua pembeli ebook EasyAutores, anda bakal mendapat update ini tidak lama lagi…

  • Share/Bookmark
Tags: ,
If you like this post and would like to receive updates from this blog, please subscribe our feed. Subscribe via RSS

2 Responses to “EasyAutores dengan ‘Secure Double Opt-In’”

  1. abdfatah Says:

    lepas nih boleh laa menunggu autoresponder versi penuh pulak… seiring dengan autoresponder antarabangsa… nak try jual jugak ler sebijik dua…

  2. jamal Says:

    camne nak tau list tu dah berjaya atau tidak didaftarkan…saya punye opt in cam tak berfungsi je…klua laman web panduan web advance plak…bukan web saya…tlg bgtau camne nak setelkannya..

Leave a Reply


 Powered by Max Banner Ads