Kini produk RR EasyAutores sudah dilengkapi dengan fungsi double opt-in. Mungkin ada di antara anda yang tidak faham apakah maknanya double opt-in. Ok untuk lebih mudah menerangkan, saya ingin memberikan contoh borang download ebook percuma di laman web www.panduanweb-advance.com/giveaway.html. Borang download yang disediakan di laman web tersebut dinamakan sebagai borang opt-in. Pelawat perlu mengisi nama dan email kemudian klik butang ‘Submit’ untuk mendapatkan link download.
Double Opt-In pula adalah satu fungsi penting bagi mendapatkan email pelawat secara ‘sah’. Ini bermakna, selepas pelawat mengisi borang opt-in di laman web anda, pelawat perlu mengesahkan email mereka terlebih dahulu barulah link download dihantar ke email tersebut. Mengapa perlu mengesahkan email? Huhu.. soalannya mudah dijawab, sebab tiada siapa yang mahukan email palsu masuk ke dalam database autoresponder mereka. Dan teknik double opt-in juga mengurangkan risiko email spamming.
Saya telah menguji skrip EasyAutores sebelum menggunakan fungsi double opt-in dan saya dapati ada beratus-ratus email palsu diterima dalam database. Saya tahu ia adalah palsu kerana email yang sah mempunyai simbol @ dan nama email biasanya mempunyai makna tersendiri. Bukan seperti email asdjfaskdjlh@gmail.com dan seumpamanya. Pengalaman saya juga sebelum menggunakan fungsi double opt-in, beberapa orang komplen kepada saya bahawa mereka menerima email newsletter saya tanpa kebenaran daripada mereka. Ini bermakna seseorang telah menggunakan email mereka untuk mengisi borang opt-in di laman web saya. Ohh.. Inilah rupanya kelemahan sistem autoresponder percuma.
Disebabkan masalah-masalah ini, saya telah mengubah suai skrip EasyAutores dan menambah 2 lagi fungsi penting autoresponder iaitu
- Memastikan email yang dimasukkan adalah sah dari segi penggunaan aksara. Aksara seperti “//\\#…” dan sebagainya tidak diterima sebagai aksara email yang sah.
- Memastikan email tersebut adalah milik tuan punya email yang betul. Sistem autoresponder EasyAutores akan menghantar email pengesahan kepada pemilik email selepas mereka mengisi borang opt in. Jika pemilik email mendapat email pengesahan tersebut tanpa kebenaran mereka, maka pemilik email hanya perlu abaikan sahaja email yang dihantar.
Inilah kelebihan skrip EasyAutores berbanding skrip-skrip percuma yang boleh dimuat turun di internet. Fungsi double opt-in dianggap sangat penting dan wajib ada dalam sistem autoresponder bagi membantu mendapatkan email prospek yang sah. Sesiapa pun tidak mahu database autoresponder mereka di ‘BOM’ dengan email-email palsu. Oleh itu, jika anda rasakan bahawa menyewa autoresponder berbayar seperti Aweber dan Getresponse adalah mahal, lebih baik gunakan autoresponder percuma seperti EasyAutores kerana ia kini dilengkapi dengan fungsi Double Opt-In.
Mungkin di masa yang akan datang, saya akan ubah suai skrip ini lagi dengan menambah pelbagai fungsi-fungsi yang setanding dengan autoresponder berbayar..
Tags: autoresponder, Double Opt-In, easyautores
If you like this post and would like to receive updates from this blog, please subscribe our feed.



September 6th, 2008 at 8:09 am
Hello Bearnerd, selamat petang,
Apa kabar ya? Saya pembaca setia setelah menjumpai blog
en. terus mengunjung blog anda.
Nak tanya boleh kah saya beli ebook Panduan web advance +
EasyAutores sekali , harga boleh kurang tak? Atau adakah
Panduan web advance dah sedia dengan EasyAutores sekali ?
Sekian terima kasih
isman@jblesen2u.com
September 8th, 2008 at 12:47 pm
Bagus juga ebook ini,saya dah oder satu…maklumat telah dihantar ke email anda menggunakan borang yang disediakan.
Thanks.
TomanKulai
September 8th, 2008 at 1:09 pm
Tq. Pakej akan dihantar segera…
September 8th, 2008 at 1:17 pm
Isman, produk EasyAutores kini disertakan dengan PanduanWeb Advance Edition. Tetapi ia tidak disertakan dengan Resell Rights. Untuk mendapatkan resell rights anda perlu beli lesen tersebut berasingan. Murah je RM10 je
September 11th, 2008 at 3:01 pm
Saya baru saja berjaya memasang EasyAutoRes di cpanel.Memang bagus lah bro..
Walaupun semasa proses pemasangan terdapat beberapa perkara yang mengelirukan,terpaksa buat try & error akhirnya siap juga.
Saya dah buat ujian banyak kali autoresponder EasyAutoRes ni,semuanya dapat berfungsi dengan baik.Saya cuma bimbangkan kalau2 email yang dihantar akan masuk ke folder spam/junk.Dah try buat ujuan beberapa kali,nampaknya semua email yang dihantar masuk ke inbox bukan folder spam.
Thanks Bro bearnerd
TomanKulai.com
September 11th, 2008 at 3:16 pm
Yup.. memang masuk folder inbox. Saya dah try dan ia lebih baik berbanding beberapa autoresponder berbayar. Saya try emailaces.com tapi masuk spam folder. Rugi je bayar 50 sebulan..
September 11th, 2008 at 4:30 pm
TQ Bearnerd! what a good package! Saya sudah berjaya memasang Easyautores dengan skkali saja refer to the E-book.
Memang berbaloi. siap dapat resell rights! Yang paling best, dah berjaya jual satu last 2 days! huhu!
September 12th, 2008 at 12:22 am
Wah.. good. Saya sekarang sedang buat video tutorial memasang skrip easyautores. Dengan adanya video ini akan meningkatkan lagi kualiti pakej easyautores
September 14th, 2008 at 1:51 pm
Nampaknya saya kena beli e book panduanweb-advance ni . Nak baca dan buat . Saya nak guna subdomain hosting blog saya.
September 14th, 2008 at 3:09 pm
Saya nk tnya,kenapa email yg dihantar menggunakan alamat gmail(google)tak masuk dlm inbox mahu pun dlm folder spam atau senang cerita email yang dihantar tak sampai,sedangkan untuk alamat email yg lain spt yahoo & MSN dll semua nye ok je.
Baru2 ni je…sebelum tu email yg dihantar ke gmail ok pulak!ada error setting dlm file autores ke?…
September 14th, 2008 at 4:09 pm
Saya hantar tak de masalah pun. Oh ya, untuk membina mesej follow up saya cadangkan anda gunakan jenis “text” dan bukannya “html”. Ini disebabkan server hosting yang biasanya digunakan adalah bukan “dedicated server”. Maknanya kurang laju memproses penghantaran email. So mungkin email tersebut pending atau bounce. Masalah ini biasa berlaku kepada autoresponder berbayar juga. Tapi saya cadangkan anda cuba lagi dengan mengubah jenis email kepada “text”.
September 23rd, 2008 at 4:35 am
rm25 berbaloi untuk dibeli… camner dengan mereka yang dah beli panduan website…harga serupa jugak ke?
aiyaaa… order aje laaaa… rm25 aje. lepas nih kalo fungsi dah ditingkatkan boleh ler dapatkan dengan harga diskaun…
September 23rd, 2008 at 5:48 am
Pembeli panduanweb akan mendapat secara percuma ebook easyautores. Sila download ebook tersebut di laman download pakej panduanweb. Tq
December 31st, 2008 at 6:40 am
saudara bearnerd,
saya menghadapi masalah dalam memasang opt in…saya menggunakan apa yang sediada dalam template website yang dibeli dari Panduan web Advance Edition…..macam tak jadi je..saya direct guna yang diberi oleh saudara bearnerd la…
so camne cara sebetulnya yang patut saya buat…rujuk ebook semula ke ataupun buat semula..page mana saya patut follow..ebook mana…easy autores atau ebook panduan web