Langkah mudah pasang blog wordpress
Jan 19th, 2009 by bearnerd
Saya menulis post ini kerana ramai rakan-rakan baru perniagaan internet bertanya tentang cara memasang blog wordpress di hosting mereka. Banyak kali juga saya membantu memasangnya. Jadi saya fikir post kali ini dapat membantu anda yang memiliki hosting membuat sedikit ‘testing’ memasang blog wordpress sendiri. Pernah dengar software ‘Fantastico’ ? Software ni mengandungi koleksi pelbagai skrip dan perisian ‘open source’ untuk aplikasi web yang boleh anda gunakan secara percuma. Di menu utama cpanel anda, cuba lihat ikon seperti yang dibulatkan di bawah.
Klik pada ikon ‘Fantastico De Luxe’ untuk membuka senarai skrip dan perisian.Kemudian klik menu ‘Wordpress’ dan klik ‘New Installation’.
Lengkapkan borang di bawah mengikut step bernombor berikut.
- Pilih nama domain anda di bahagian Install on domain
- Jika ingin memasang blog wordpress di direktori utama, biarkan ‘Install in directory‘ kosong. Jika ingin intall ke direktori lain contohnya www.domain.com/blog, anda perlu cipta folder baru dan rename sebagai ‘blog’ di dalam direktori utama.
- Masukkan username admin blog wordpress ini mengikut pilihan anda
- Masukkan password admin blog mengikut pilihan
- Admin nickname adalah nama samaran admin apabila melakukan posting atau komen. Isikan apa sahaja nama yang sesuai
- Masukkan alamat email sebenar anda di bahagian admin email. Setiap kali ada post dan komen terbaru, anda akan menerima notifikasi
- Masukkan nama blog anda di bahagian Site name. Nama blog ialah tajuk pendek blog anda
- Masukkan deskripsi blog anda di bahagian Description.
Selepas selesai isi borang ini, klik Install Wordpress
Sekarang klik Finish Installation
Secara asasnya, blog wordpress anda telah pun berjaya dipasang selepas klik ‘Finish Installation’. Apa yang anda perlu lakukan sekarang ialah login ke blog wordpress anda dan buat posting yang pertama. URL untuk login ke blog anda biasanya ialah www.domain.com/wp-admin jika anda install di domain utama. Jika anda install di direktori blog, url ialah www.domain.com/blog/wp-admin
Cara untuk tukar ‘theme’ wordpress baru anda akan ditunjukkan di post yang akan datang. Semoga tips ini membantu anda memasang blog wordpress sendiri!















wah…terima kasih banyak2 bearnerd. Saya selalu juga bertanya mengenai cara pemasangan wordpress blog. Sekarang dah ada ditulis kat dalam blog ini. Thanks
tq byk2 owner..dalam saya dok blur nak install wordpress ni terjumpa blog anda yang sangat membantu dan penerangan yang sangat mudah di fahami…harap dapat lagi lah membantu kami2 yang masih baru nak kenal benda alah ni..huhuhu..:)
blog aku asalnya dah hilang wordpress jumpa pulak caranya nak install balik ja thank to u la….
Tuan…aku punya wordpress blog tdk dapat di access,apa masalah dia tu ah?www.jodeweb.com/blog
T.Q sir
Mungkin masalah permission fail php template blog anda. Atau kemungkinan disebabkan oleh wordpress anda masih guna versi lama.