Salam semua.. artikel kali ini adalah tentang cara memasang password bagi ruang download laman web anda di CPanel. Syarat sebelum anda dapat menggunakan tips ini ialah anda sudah memiliki hosting sendiri. Jika anda menggunakan hosting percuma, biasanya ciri ini tidak disediakan oleh pihak hosting. Anda mungkin perlu gunakan cara lain untuk melindungi laman download anda.
Jadi jom kita mulakan proses memasang download password di CPanel anda. Langkah yang pertama ialah:
- Login ke CPanel – Seperti biasa masukkan username dan password anda untuk login
- Klik ikon “Password Protect Directories”
- Pilih “web root” jika folder download anda di direktori utama. Jika dalam subdomain, pilih “document root” dan klik GO.
- Kemudian klik nama folder download anda. Jika folder download anda di dalam direktori / folder lain, klik ikon folder tersebut untuk masuk ke dalam direktori.
- Create User dan Password
- Tandakan Password Protect This Directory dan klik butang Save
Enam langkah mudah ini akan membantu anda memasang download password bagi folder download anda. Folder download ini mengandungi laman download (index.html), dan fail-fail produk digital anda. Anda boleh cuba link download anda sama ada berfungsi atau tidak selepas memasang password dengan cara menaip alamat ruang download anda. Biasanya www.domain.com/download.
Selepas memasang password download, anda hanya perlu email link download laman web anda beserta username dan password kepada pelanggan anda. Dengan adanya password ini, risiko produk digital anda dicuri akan berkurangan. Jadi apa lagi? Lakukan tips ini sekarang demi keselamatan produk web jualan anda. Selamat mencuba

If you like this post and would like to receive updates from this blog, please subscribe our feed.



September 13th, 2008 at 4:57 pm
Wah bagus juga info yang ini,memang terfikir juga nak buat pasword for download page nih.thanks bro!
http://www.tomankulai.com
December 31st, 2008 at 2:25 am
Wah bagus nie. Saya dah try nak buat tp x jadi. lps nie leh la wat.
Saiful
http://inwordpress.com
July 21st, 2009 at 8:12 pm
wahh..bagus sungguh infonya. terima kasih!
October 21st, 2009 at 7:16 am
mcm mana kita nk buat folder tu…nk buat kat dalam wpadmin ker ataupun kat luar..
November 24th, 2009 at 8:35 am
bro, my soalan is, kalau kita dah pasang password kan, then kita tukar password lagi next time, adakah client yg guna password lama untuk akses bahan2 tue leh pakai lagi atau macam mana?
November 24th, 2009 at 1:12 pm
Kalau tukar password, client lama x dapat login. Kalau tambah user dan password baru, client lama masih boleh login.
July 7th, 2010 at 9:00 am
kalau letak kan URL ziddu, macam mana jadinya?
orang lain boleh akses masuk ziddu ke kalau terjumpa ebook kita tu?
July 7th, 2010 at 9:11 am
Sofea: Kalau upload ke ziddu, saya rasa org lain boleh masuk dan download ebook tu sebab hosting free ni tak sediakan sistem keselamatan seperti password semasa download. Orang lain mungkin sukar jumpa url ebook ni tapi kalau pelanggan yang download tu berikan url ebook tu kepada org lain tentu jadi masalah.