Artikel kali ini ditujukan khas buat newbie yang sedang belajar menggunakan perisian Nvu atau Kompozer. Kedua-dua perisian ini adalah sama, cuma perisian KompoZer diperbaiki sedikit oleh programmer-programmer open source disebabkan Nvu tidak lagi di update oleh programmer asalnya. Dapatkan perisian KompoZer Portable di www.portableapps.com secara percuma.
Ok berbalik kepada topik, membina hyperlink dengan perisian KompoZer sebenarnya sangat mudah. Namun begitu, bagi newbie tentu sekali memerlukan sedikit percubaan yang memakan masa. Ikut langkah-langkah mudah di bawah
1. Buka perisian KompoZer dan taipkan teks link anda. Contohnya
2. Kemudian Select / Highlight teks yang ingin di link kan dengan url hyperlink contohnya teks Sertai Affiliate dan klik kanan, pilih Create Link
3. Di menu Link Properties, taipkan url ke laman pendaftaran affiliate (contoh sahaja) atau ke url laman web yang anda inginkan. Klik OK selepas masukkan link.
4. Berikut ialah link yang baru dibina. Lakukan step 1 – step 3 untuk membina link pada teks yang lain.
Secara asasnya, link telah berjaya dibina. Anda boleh save dokument html anda dan cuba link ini di browser internet explorer. Jika url tidak berjaya ditemui di web browser, ini mungkin disebabkan anda tersilap taip url web tersebut. Klik kanan pada hyperlink teks tersebut dan pilih Link Properties untuk mengubah url link.
Selamat Berjaya!

If you like this post and would like to receive updates from this blog, please subscribe our feed.


