Adakah anda mempunyai produk ebook resell rights atau master resell rights di komputer anda? Mungkin anda tidak tahu bagaimana cara terbaik menjual semula ebook-ebook tersebut. Satu tips untuk menjual ebook resell rights ialah memilih produk resell rights berdasarkan permintaan di internet. Jika ebook tersebut kurang permintaan, lebih baik jangan jual. Cara melihat permintaan, pergi ke http://google.com/trends dan search keyword berkaitan dengan ebook tersebut.
Kemudian, ubah suai sales letter. Pastikan anda baca terma dan syarat menjual semula yang disediakan oleh pemilik ebook tersebut sebelum mengubahsuai sales letter. Biasanya, anda hanya dibenarkan mengubah bahagian nama, dan bonus. Ok, ini yang perlu anda lakukan. Tambah seberapa banyak bonus hebat. Jika anda berjaya tambah sehingga 10 bonus ebook berkualiti, saya jamin akan ada yang membeli produk resell rights anda. Pernah seorang pelanggan ebook saya membeli pakej PanduanWeb Advance Edition semata-mata mahukan bonus yang saya tawarkan. Itulah kuasa yang ada pada bonus-bonus ebook.
Ini sebahagian sahaja daripada tips menjual produk resell rights iaitu memilih produk yang sesuai dan menambah bonus. Di post yang akan datang saya akan dedahkan beberapa lagi petua menjual produk resell rights. Semestinya tips yang hebat untuk anda. Cheers…

If you like this post and would like to receive updates from this blog, please subscribe our feed.



August 29th, 2008 at 5:37 pm
oh. macam tu ye. RM30 harganya?