Susah Ke Pakai Perisian Adobe Photoshop?
Jun 12th, 2009 by bearnerd
Satu kelemahan saya ketika mula-mula menceburi perniagaan internet ialah membina template minisite sendiri menggunakan perisian Adobe Photoshop. Jika anda tahu menggunakan perisian adobe photoshop, anda boleh design template minisite yang lebih menarik, cantik, dan professional. Tapi ada orang kata “Don’t judge the book by its cover” yang bermaksud jangan lihat website je cantik tapi lihat apa produk yang dijual. Emm.. pendapat saya pepatah ni cuma 80% benar
kerana 20% kebenarannya datang daripada penampilan laman web yang professional.
Saya amat setuju dengan pendapat para grafik designer yang mengatakan bahawa penampilan laman web adalah “FIRST IMPRESSION” atau perkara pertama yang dapat menambat hati pelanggan. Oleh sebab itulah saya mempelajari perisian adobe photoshop kerana ingin mencipta design minisite yang menarik dan memukau mata pelawat laman web. Bak kata orang Sabah “Malatupsss Bah!”. Hehe..
Ok berbalik kepada pertanyaan saya, susah ke pakai adobe photoshop? Perisian ni digunakan oleh kebanyakan grafik designer profesional sahaja, betul ke? Emm.. sebenarnya anda silap, adobe photoshop boleh digunakan oleh sesiapa sahaja tidak kira “experience level”. Saya juga beginner dalam menggunakan perisian adobe photoshop ni tapi selepas belajar ASAS menggunakan perisian ini, saya akhirnya berjaya membina layout minisite yang menarik. Bagi saya, belajar menggunakan perisian ini tidaklah sukar sangat. yang penting belajar asasnya dahulu baru boleh buat yang advance betul tak?
Mahu contoh design saya? Nah, ini dia… jangan tekezut ya ini design beginner sahaja
Ada banyak design lagi yang saya bina untuk pelanggan webjualanexpress.com. Website inilah yang memberikan saya kesibukan design setiap hari sehinggakan tempahan mingguan sentiasa full. Hoho.. tak larat aku nak design lebih daripada 3 tempahan dalam seminggu. Walau apa pun, saya begitu berterima kasih perisian adobe photoshop kerana sejak menggunakan perisian adobe photoshop 6 bulan yang lalu saya sudah berjaya membina template minisite yang mampu memberikan pendapatan sampingan kepada saya:)
Saya akan siapkan sebuah ebook percuma tentang PANDUAN ASAS MEMBINA TEMPLATE MINISITE DENGAN ADOBE PHOTOSHOP dalam masa terdekat ini. Ebook ini bakal mendedahkan pengalaman dan skill saya mempelajari perisian adobe photoshop untuk design. Jadi kepada anda yang berminat untuk mendapatkannya, jangan lupa tinggalkan email anda di comment post ini. Kemungkinan besar juga saya akan anjurkan program PPL











Wah..satu lagi panduan yang hebat yang bakal terbit daripada bro bearnerd. Yup! Jangan lupa bagitau aku ya kalau ebook ini dah terbit..sangat-sangat ler berminat. Harap buat PPL untuk ebook best ini..so win-win situation ler bro dapat mailing-list kami yg tolong hebahkan ebook ni berpeluang mendapat duit percuma
Wah… menarik ni. Saya pasti mahu dapatkannya.
x sabar tunggu panduan tersebut…mesti byk ilmu nya nanti
ermm,menarik..
saya tgh menupgrade skill adobe photoshop.
x pndai ag pom act,he3
jadi dharaplah saudara bearnerd dpt mberi tnjuk ajar k.
tak susah sangat nak belajar photoshop , saya guna video youtube je, untuk dapatkan apa yang saya nak. yang lain try and error je. Ambil masa sedikit.
sesuatu yang sgt berguna untuk newbei……..
Saya pun baru belajar photoshop. Lihatlah hasilnya di website saya
diharap dapat bantu buat template yang menarik utk saya…