Saya telah menyiapkan sebuah ebook yang saya pasti amat berguna kepada newbie mahupun yang sudah lama dalam perniagaan internet iaitu Teknik Promosi Unggul PPC Google AdWords. Pada mulanya saya ingin menjual ebook ini pada harga serendah RM30. Tapi saya rasakan bahawa berkongsi ilmu dengan anda semua merupakan satu pelaburan jangka panjang yang lebih baik, maka saya lupakan niat untuk menjual ebook ini.
Ok, secara ringkasnya ebook ini ditulis untuk beginner dan intermediate dalam pemasaran google adwords. Anda akan mempelajari cara mendaftar akaun google adwords dan membina iklan adwords yang pertama. Tapi ada satu topik paling penting yang saya masukkan ke dalam ebook percuma ini iaitu Cara Mengoptimisasi Kempen AdWords.
Saya menganggap topik ini penting kerana ramai yang telah bertanya dengan saya tentang bagaimana caranya untuk mengiklan di google adwords dengan berkesan. Jika anda masih baru dalam google adwords, pasti anda mengalami masalah dengan kempen adwords anda. Iklan adwords anda kurang mendapat klik? Lalu anda pun membida keyword yang mahal dan akhirnya dalam masa beberapa hari sahaja anda kehabisan berpuluh malah beratus-ratus ringgit.
Saya pernah berasa putus asa dengan pengiklanan google adwords. Tapi selepas mengkaji banyak tentang cara promosi adwords, barulah saya tahu bagaimana caranya untuk mengurangkan kos iklan dan saya mampu mendapat CPC (kos per klik) serendah 0.14 sen. Saya jimat kos, dan trafik daripada google adwords yang diterima sangat berkualiti kerana prospek berminat dengan produk yang saya tawarkan. Mengapa google adwords? Sebabnya ia adalah Targetted Marketing.
Jadi jangan buang masa, download ebook Teknik Promosi Unggul PPC Google Adwords anda sekarang!
Download Di Sini (2.7MB)
Tags: Google AdWords, PPC

If you like this post and would like to receive updates from this blog, please subscribe our feed.



October 29th, 2008 at 10:51 am
ehm. ok dah download.
October 29th, 2008 at 2:12 pm
tq bearnerd. akan dipraktikkan ilmu dalam ni.
October 30th, 2008 at 1:49 am
mekacehhhhhhh…. ini lah yg saya carik selama ini… jasamu ku kenang….
October 30th, 2008 at 4:53 am
terima kasih atas perkongsian ilmiah ini.
November 2nd, 2008 at 5:39 am
Terima kasihh bro! KO memang hensem..
November 2nd, 2008 at 7:11 am
satu ilmu yang sangat berguna…mmg patut kalau bearnerd nak jual pada harga RM30 tu.semuanya lengkap dalam panduan tu…trimas bearnerd kerana dah bagi free..huhu
November 4th, 2008 at 2:26 pm
sy dah download td melalui link taukey..apepun, thanks sbb kongsi benda ni..
November 5th, 2008 at 1:44 am
Ya, saya sudah mencuba teknik yg ada dlm ebook ini..dan hasilnya memang berbaloi. Saya cuba pada affiliate ‘pancutkanisteri.com’ dan dlm masa 24 jam saya dah dapat 4 jualan. Saya cuma ikut panduan yg terdapat dlm ebook tersebut. Terima kasih sdr. bearnerd kerana sudi berkongsi ilmu. saya pasti ramai yg diluar sana yg kabur lagi tentang teknik PPC ini. Semoga blog ini akan lebih sukses.
November 5th, 2008 at 1:50 am
Wow.. hampir semua komen bagi Smiley
Thanks… memang Google Adwords adalah satu teknik promosi paling hebat pernah saya temui. Semoga anda semua sukses mengiklan dengan Google AdWords. Cheers…
November 8th, 2008 at 4:09 am
nak tanye. brape minima payout? hit me back okie.
November 8th, 2008 at 4:22 am
muhafis, saya akan bayar walaupun anda berjaya membuat 1 referal. Ini bermakna, tiada minimum payout. Walaubagaimanapun, saya akan cari alternatif untuk membuat pembayaran kepada mereka yang berjaya mendapat kurang daripada RM1. Mungkin ebook percuma, atau apa-apa cadangan yang dirasakan sesuai.. apa pandangan anda?
November 24th, 2009 at 8:25 am
bro, camana mau download ne? click and terus pg http://www.resellrightszone.com/teknikppc and iklan2 ja keluar….
November 24th, 2009 at 1:22 pm
Hi Jay, ebook ni sudah tidak dikeluarkan lagi sebab kempen ppl telah lama tamat. Ebook ni pun sudah tidak updated sebab google adwords telah upgrade sistem mereka.
December 30th, 2009 at 4:13 am
bro buku ni da xde lg ke??bru nk download