Saya selalu menerima email daripada rakan-rakan baru perniagaan internet bertanyakan tentang pakej hosting yang sesuai dengan tahap mereka. Dan kebanyakan mereka yang baru ini berusaha untuk meminimumkan kos untuk memulakan perniagaan internet. Tapi agak kecewa kerana jawapan saya tetap sama iaitu, keluarkan modal untuk membeli pakej hosting dan pakej membina laman web. Ada dua plan yang biasanya saya syorkan kepada mereka yang bertanya.
Plan 1 – Jika anda memiliki modal yang sangat terhad untuk memulakan perniagaan internet, atau mungkin hampir tiada modal langsung, saya sarankan supaya berusahalah untuk mencari modal serendah RM150 sahaja dulu. Tentukan bajet untuk bulan ini, simpan RM150 untuk beli hosting murah di sempoihosting.com cuma RM44 setahun (10MB hosting termasuk domain web). Dan selebihnya, gunakan untuk membuat sambungan internet streamyx. Penting sebab anda perlukan banyak masa depan komputer dan internet untuk proses belajar membina web jualan, upload fail ke hosting, mencari bahan penulisan ebook, dan macam-macam lagi. Secara jujur, saya memulakan perniagaan internet menggunakan cara ini pada penghujung tahun 2006 yang lalu. Jangan risau sebab anda tetap boleh upgrade hosting ini di masa akan datang atau anda boleh beralih ke hosting yang lain jika mahu. Domain boleh ditransfer pada bila-bila masa.
Plan 2 – Jika anda memiliki modal yang boleh dikira baik, dapatkan pakej hosting yang menawarkan saiz ruang yang besar dan bandwidth yang tinggi. Ada banyak webhosting yang menawarkan pakej bagus-bagus seperti di ecommercemastery.com, iqhoster.com, planhoster.com, dan sebagainya. Pakej bagus ini cuma dalam lingkungan RM100 setahun. Dengan pakej hosting yang besar ini, anda dapat membina 3 ke 5 laman web jualan dengan domain yang berlainan dan boleh buka forum, pasang blog, upload video, dan macam-macam lagi apabila perniagaan anda sudah semakin maju kelak.
Inilah dua plan yang selalu saya sarankan kepada rakan-rakan yang bertanya tentang pakej hosting yang sesuai dengan kemampuan mereka. Janganlah gunakan blog percuma untuk perniagaan internet, memang kurang sesuai. Walaupun diakui ada yang berjaya menjana pendapatan dengan blog percuma, namun tidak semuanya mendatangkan hasil jangka panjang. Lagipun, dengan blog percuma akaun anda boleh ditutup bila-bila masa jika melanggar terma dan servis penyedia blog. Jadi jauhkan risiko ini. Ada hosting dan domain sendiri lebih baik kerana anda bebas menjalankan aktiviti perniagaan internet anda.
Tags: hosting
If you like this post and would like to receive updates from this blog, please subscribe our feed.



December 23rd, 2008 at 5:09 am
Good Sharing Bearnerd!
Boleh try sempoi hosting plak lepas nih.
Tapi kalau 10Megabite jer..untuk blog ok ker?
WaNZ
December 26th, 2008 at 4:03 am
betul..Ruang dan bandwidth memang penting
saya pun ada buat perbandingan di sini – http://sufianpc.blogspot.com/2008/12/webhosting-pilihan-saya-hostgator.html
Terpulang ler pilihan masing2, tapi survey lah dulu..
kalau selalu down pun tensen gak..siapa dah kena mesti serik (http://www.internet-webhosting.com/bloghosting.php – pastikan service depa dah ok dulu ok)
December 26th, 2008 at 4:32 am
lupa nak bagitau , sekarang ada promosi domain RM4 setahun! Layari di sini – http://sufianpc.blogspot.com/2008/11/promosi-domain-rm4.html
January 24th, 2010 at 6:16 am
klu pasai hosting ni.. kalau nak yg murah ikut je kata saudara Bearnerd. sempoi hosting memang ok fleksibel dan dipercayai. Walaupun dalam ebook beliau menyarankan commercemastery tapi mungkin ada yang tak nak sebab faktor harga. oklah terpulang pada empunya.. asalkan tidak sampai mencari-cari hosting sampai komputer masuk virus nti dah tak leh niaga pulok..he he he