Kepada semua pengguna skrip EasyAutores, anda akan mendapat skrip yang baru dan lebih baik berbanding versi skrip yang sebelumnya. Ada beberapa tambahan penting yang telah dibuat ke atas skrip ini. Minta maaf sebab terlalu lama mengambil masa untuk update. Berikut adalah 2 ciri yang baru ditambah ke EasyAutores.
- Import Leads – Saya telah tambah fungsi ini untuk memudahkan anda import leads ke database autoresponder
- 200 Email Per Hour – Ciri ini ialah limit penghantaran email broadcast dalam masa 1 jam. Skrip ini memperbaiki jadual penghantaran email kerana kebanyakan hosting yang biasa digunakan ialah Shared Hosting dan cpu dikongsi bersama dengan beberapa pengguna lain. Oleh itu, proses penghantaran email dapat dikawal sekiranya limit maksimum penghantaran email dalam 1 jam disetkan.
Saya akan upload skrip ini ke laman download EasyAutores pada 10 Julai 2009. Oleh itu, sesiapa yang ingin mendownload skrip terbaru ini, sila login ke ruangan download bermula tarikh 10 Julai.
Isu Berkaitan Skrip EasyAutores
Sesetengah pengguna EasyAutores menghadapi beberapa masalah seperti
- Cron Job tidak berfungsi atau error message “No Input File Specified” muncul selepas setting cronjob
- Penghantaran email followup lambat sampai kepada subscriber.
- Email masuk spam box
Isu yang pertama adalah disebabkan versi PHP dan MySQL di hosting yang anda gunakan adalah versi terkini iaitu PHP5. Skrip EasyAutores hanya support versi PHP4 sahaja buat masa ini. Untuk update skrip ini selaras dengan versi PHP5, ia memerlukan banyak masa untuk melakukannya. Walaubagaimanapun, saya akan cuba update walaupun agak slow melakukannya. Jika sesiapa menghadapi masalah ini, apa yang anda boleh lakukan ialah, login ke autoresponder anda sekali dalam sehari dan klik pada Run Autoresponder untuk memproses penghantaran email followup secara manual setiap hari.
Isu kedua iaitu penghantaran email followup slow, itu disebabkan terlalu banyak pending email yang perlu diproses oleh cpu hosting anda. Saya telah update skrip tu untuk mengurangkan kerja cpu dengan cara menetapkan penghantaran email cuma 200 per hour sahaja. Saya sarankan jika anda ingin gunakan broadcast email, gunakan sekali sehari sahaja terutama sekali jika list anda sudah mencecah 1000.
Isu ketiga iaitu email masuk spam box, itu disebabkan oleh kandungan email anda yang disuspek oleh email provider sebagai spam. Jika kandungan email anda tidak menggunakan perkataan-perkataan yang tersenarai dalam SPAM list mereka, kebarangkalian besar email anda akan masuk inbox. Autoresponder seperti Getresponse dan lain-lain juga tidak terkecuali daripada spam filter ini. Biasanya Yahoo mail mempunyai spam filter yang sangat tinggi.
Diharap dengan sedikit penerangan ini, para pengguna skrip EasyAutores dapat menggunakan skrip ini dengan lebih efektif lagi.

If you like this post and would like to receive updates from this blog, please subscribe our feed.



July 9th, 2009 at 3:08 pm
hello bearnerd,
baru ni saya baru try guna autores,bila saya test masuk nama dan email saya kat borang opt in, email pengesahan yang saya dapat tiada nama dan email pengirim.Di mana yer saya silap
July 10th, 2009 at 12:43 am
Hai iwan, mungkin u sedang pakai skrip versi lama tu. nanti download skrip yang baru ya. Thankss..
July 10th, 2009 at 7:10 am
hello bearnerd,
kt mane yek nak download update skrip easyautores yg baru?
July 10th, 2009 at 11:55 am
Jika anda pembeli pakej panduanweb, download di laman pakej panduanweb. jika pembeli easyautores, download di laman download easyautores.
July 11th, 2009 at 4:36 am
bro,xde pun link download sript baru tu? kt laman ni ke?
http://www.easyautores.com/
July 11th, 2009 at 6:04 am
Sori.. malam ni saya akan upload.. semalam tak sempat upload lagi..
July 11th, 2009 at 2:31 pm
Skrip EasyAutores Versi 1.1 telah di upload ke laman download easyautores di http://www.panduanweb-advance.com/easyautores/download. Sila gunakan username dan password yang telah diberikan semasa membeli produk ini.
Jika pembeli Pakej PanduanWeb, sila login ke laman web http://www.panduanweb-advance.com/download. Terima kasih…
July 15th, 2009 at 2:39 am
hello bro, web download tu ade username dan psword la..sy xtau username & psword. FYI saya beli autores script dari bro Yoji
July 15th, 2009 at 10:02 am
tq,bro..sy dh dpt script yg baru..
nak tanye sketla bro, sy ade try import leads yg baru,cuma try import satu lead je dulu tp lambat terima msg la.klu saya add leads baru secara manual cpt plak terima msg…cron jobs sy dh setting mcm biasa ikut dlm ebook.kenape yek?
July 18th, 2009 at 5:57 am
Kalau yang beli dengan baru dari WC dulu pulak macam mana nak dapat update?
dulu just bagi link ni aje:
http://autoresponder.panduanwebjualan.com/XXXXXX.html
macam mana nak dapatkan script yg update punya?
July 19th, 2009 at 4:04 am
bro, kalo update skrip ni, semua email dlm autores akan hilang x…??
July 19th, 2009 at 12:29 pm
Cara update skrip
1. Export leads anda terlebih dahulu
2. Setup semula autores sama seperti dalam ebook easyautores. Setupkan databse mysql sekali.
3. Remove folder autores yang lama dan gantikan dengan yang baru.
Jika perlukan bantuan, sila maklumkan saya. TQ
July 22nd, 2009 at 3:33 am
macam mana nak update utk reseller produk yer. copy macam tu je ke?
July 25th, 2009 at 12:59 pm
setakat nie saya baru je pakai sistem yang lama, tapi bila dapat tahu yang skrip nie baru dikemas kini agak terkejut jugak. mujurlah saudara bearnerd ada tunjukkan tutorialnya.tq, bearnerd
July 27th, 2009 at 4:57 pm
aiseh..nak download dah lupa la username ngan passwordnya..camne eh?beli lama dah, tak pernah update pun..