Salam sejahtera… semasa saya menulis artikel ini ada 3 hari lagi sebelum semua umat islam menyambut Hari Raya Aidilfitri. Untuk kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri kepada semua rakan-rakan, dan pelanggan panduanweb, mahupun kenalan IM. Minta maaf banyak-banyak sekiranya ada tersilap kata dalam email saya yang telah menyakitkan hati anda.
Ok, untuk post kali ini saya ingin mengumumkan update terbaru skrip EasyAutores iaitu “Link Cloaker”. Huhu.. apalah maknanya menatang “link cloaker” ni? Sebenarnya update ni saya langsung tidak terfikir untuk buat sehinggalah seorang sahabat telah menghantar email mengenai cadangan menambah fungsi link cloaker ke dalam skrip easyautores.
Ok secara ringkasnya, link cloaker ni berfungsi untuk menyembunyikan link affiliate anda agar mendapat kadar klik yang tinggi semasa mempromosikannya ke list email anda. Autoresponder berbayar seperti aweber dan getresponse ada menyediakan link cloaker di autoresponder mereka. So, katakan anda ingin mempromosikan produk affiliate yang baru dilancarkan kepada list anda. Tentunya anda tidak selesa dengan link yang menampakkan url laman web yang anda promosikan beserta id affiliate anda bukan? Lihat perbandingan di bawah
Ini adalah contoh link affiliate original saya: http://belajarcpanel.com/index.php?ref=cactus
Dan ini adalah url yang telah di “cloak” menggunakan EasyAutores Link Cloaker: http://panduanweb-advance.com/autores/cl/?r=06704cd2a7455338a4c658d7c152e922
Sebagai perbandingan, sila lihat link affiliate yang di “cloak” menggunakan Aweber dan Getresponse di bawah. Ini contoh sahaja, link tersebut tidak berfungsi.
Ini pula contoh link affiliate di “cloak” menggunakan Aweber: http://clicks.aweber.com/y/ct/?l=68IN4&m=1bvgUgd4Ldadb6TftcGQhzomH&b=wuPv
Ini pula contoh link affiliate di “cloak” menggunakan Getresponse: http://getresponse.com/l/s56aOAOOYEI2EQIRWLVMO3HWR4EBYCKRTQDXR7KPACOPDOXUDN53NHG6
Tahukah anda bahawa link affiliate yang dilindungi menggunakan link cloaker mendapat lebih banyak klik berbanding link affiliate yang tidak dilindungi? Dan tahukah anda bahawa setiap kali seseorang klik link affiliate anda, id affiliate anda akan “tertanam” ke dalam cookies komputer mereka dan anda tetap mendapat komisen walaupun pelanggan membeli selepas 1 minggu? Lebih banyak link affiliate anda di “klik” lebih tinggi kebarangkalian anda mendapat komisen!
Inilah update terbaru skrip easyautores yang bakal para pembeli easyautores dapat nanti. Semua pelanggan easyautores akan diberikan update secara percuma sahaja! Dengan adanya fungsi baru ini, anda tidak perlu lagi bersusah payah cloak link affiliate anda di tinyurl.com atau di mana-mana. Lagipun, jika anda cloak menggunakan autoresponder easyautores, link lebih kelihatan profesional kerana ia bermula dengan domain laman web anda. Ada banyak lagi fungsi tambahan yang bakal saya tambah nanti. Sekarang easyautores masih lagi di peringkat permulaan. Tapi setelah kesemua fungsi yang dirancang ditambah, maka saya akan wujudkan EasyAutores Pro Edition
Ok, sampai di sini artikel @ pengumuman mengenai update easyautores. Sila layari laman web easyautores jika anda ingin melihat bagaimana bentuk autoresponder ini. Klik www.easyautores.com
Tags: easyautores, Link Cloaker
If you like this post and would like to receive updates from this blog, please subscribe our feed.



September 27th, 2008 at 2:01 pm
salam.
bernard..wah bagus sekali post kali ini.. x sangka easyautores diupgrade ke tahap itu..satu perkara yang membanggakan bagi saya..tahniah..teruskan usaha anda untuk memantapkan lagi funginya..saya sentiasa mengikuti perkembangan saudara mengenai easyautores cos ianya merupakan salah satu alternatif autoresponder pilihan selain aweber dan getresponse..
good job…
October 26th, 2008 at 9:28 pm
Memang baguslah ciri-ciri ni. Setaraf dengan auto responder berbayar. Bila agaknya kite org nak dapat updated tu yek? Satu lagi.. kalau di tambah function ‘Import leads’ di dalam menu easy autores ni lagi bagus.. sebab senang nak pindahkan leads dari autoresponder lama ke autoresponder baru..
July 4th, 2009 at 5:53 pm
kan link cloaker ni boleh dapat percuma kat internet? saya baru download, siap ada MRR lagi…
July 5th, 2009 at 6:35 pm
saya ada masalah dengan pemasangan autorespon nie, masalahnya saya dah ikut kesemua yg di tulis dalam ebook easy autorespon tapi masih hadapi masalah autorespon ini tidak berfungsi dengan tidak meng hantar email kepada pembeli. tetapi hanya email saya sahaja yang boleh sbb saya try gunakan email ini..